B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perdagangan dijangka pulih pada 2021 disokong oleh permintaan dalam sektor pertanian, pembuatan

Perdagangan dijangka pulih pada 2021 disokong oleh permintaan dalam sektor pertanian, pembuatan

02 Feb 2021

Perdagangan Malaysia dijangka pulih pada 2021 disokong oleh pemulihan dalam permintaan global terutamanya terhadap produk pertanian dan pembuatan berikutan ancaman COVID-19 yang semakin berkurangan susulan program vaksinasi global secara besar-besaran, menurut Public Investment Bank Bhd (PIVB).

Dalam Kemas Kini Ekonomi hari ini, katanya terdapat permintaan global yang berterusan terhadap produk teknologi maklumat (IT) dalam situasi pandemik yang meningkatkan permintaan terhadap peranti seperti komputer dan tablet untuk pekerjaan dan pembelajaran di rumah. 

Peralihan rangkaian 5G di peringkat global menjelang 2025 dijangka menyokong lonjakan dalam permintaan terhadap produk yang dijana 5G, katanya.

Bagaimanapun, PIVB berkata perdagangan dijangka terus dipengaruhi oleh pengurangan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) sehingga sekurang-kurangnya pada suku kedua 2021 dan cabaran ekonomi di negara-negara maju dan utama berikutan COVID-19 terutamanya pada separuh pertama tahun ini.

Faktor lain ialah peningkatan semula kes COVID-19 baharu di peringkat tempatan yang akan menyebabkan pengguna terus berhati-hati dan melindungi modal serta situasi tidak menentu disebabkan rundingan perdagangan kedua Amerika Syarikat (AS) dan China yang dijangka bermula seawal suku tahun ini.

“Bagaimanapun, 2021 dijangka menjadi tahun yang lebih baik, walaupun pertumbuhan dijangka meningkat semula hanya pada separuh kedua 2021,” menurut PIVB. 

Bank itu berkata beberapa petunjuk ekonomi yang positif termasuk lebihan dagangan yang baik selepas melonjak sebanyak 64.9 peratus tahun ke tahun kepada RM20.7 bilion pada Disember 2020, mendorong lebihan tahun penuh kepada RM184.7 bilion, tertinggi dicatatkan, berbanding RM146 bilion pada 2019.

Katanya lebihan dagangan dijangka terus optimis pada 2021 didorong oleh pembukaan ekonomi sepenuhnya di ASEAN dan China, pemulihan ekonomi global baharu berikutan program vaksinasi COVID-19 yang pesat.

Bagaimanapun, ini akan diimbangi oleh pemulihan yang dijangka dalam import, selain ketidaktentuan dan risiko daripada perjanjian perdagangan kedua AS-China.

Mempunyai pandangan yang sama, Maybank IB Research dalam notanya berkata eksport dan import dijangka meningkat semula sebanyak 6.0 peratus dan 7.0 peratus dengan lebihan dagangan sebanyak RM187.8 bilion pada 2021.  Pada 2020, eksport dan import, masing-masing susut untuk tahun kedua berturut-turut sebanyak -1.4 peratus (2019: -0.8 peratus) dan -6.3 peratus (2019: -3.5 peratus). 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon