B. Malaysia
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Peralihan tenaga bawa pelaburan, peluang pekerjaan – Takiyuddin

Peralihan tenaga bawa pelaburan, peluang pekerjaan – Takiyuddin

20 Jul 2022

Peralihan tenaga bersih Malaysia untuk sektor kuasa akan membawa pelaburan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan mensasarkan kumulatif pelaburan langsung bernilai RM53 bilion atau USD12 bilion dan 47,000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi peralihan itu.

“Peralihan (tenaga) itu boleh dicapai menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia yang memfokuskan kepada empat sumber utama tenaga boleh baharu iaitu suria, biojisim, biogas dan hidro. Negara komited dalam membangunkan sektor tenaga yang mantap, stabil dan rendah karbon serta ia diletakkan dalam agenda pembangunan negara.

“Hasrat tersebut terdapat dalam banyak dasar kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini menunjukkan komitment kerajaan dalam memastikan satu sistem tenaga yang stabil, saksama dan lestari di Malaysia,” katanya dalam ucapan.

Ucapan tersebut dibacakan oleh Timbalan Menteri KeTSA Datuk Ali Biju sebelum merasmikan Forum Kuasa Bersih dan Tenaga Baharu Tahunan Kedua di sini hari ini.

Bagaimanapun, Takyuddin berkata peralihan sektor tenaga Malaysia tidak boleh dicapai tanpa penyertaan sektor swasta dan percaya dengan sokongan semua pemain industri tenaga, aspirasi Malaysia ke arah masa depan yang lebih bersih akan menjadi realiti.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
X