B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pemulihan ekonomi bentang peluang kepada industri perkapalan

Pemulihan ekonomi bentang peluang kepada industri perkapalan

23 Feb 2022

Pemulihan ekonomi serantau dan global telah membentangkan peluang baharu kepada  industri maritim, memandangkan aktiviti penghantaran akan menyediakan laluan bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan mempercepatkan integrasi serantau.

Pengerusi Persatuan Pemilik Kapal Malaysia, Mohamed Safwan Othman berkata pemilik kapal Malaysia harus memanfaatkan sambungan dan peluang baharu ini terutamanya dengan hubungan serta integrasi ekonomi yang lebih besar.

Sementara itu, beliau menjelaskan industri maritim dan perkapalan telah dilanda badai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami telah menghadapi pelbagai cabaran termasuk kemelesetan global, kemerosotan keuntungan yang berpanjangan dalam sektor perkapalan, lebihan kapasiti, harga minyak yang rendah dan faktor luaran lain yang membawa kepada keadaan yang tidak diingini yang sedang berlaku sekarang.

“Kesan pandemik COVID-19 ke atas perniagaan perkapalan serta maritim sedang mengancam pembangunan ekonomi jangka panjang dan kebajikan sosial, malahan banyak syarikat perkapalan menanggung masalah kewangan dan tidak lagi berdaya maju,” katanya semasa berucap pada sesi ‘Teknologi Hijau dengan Persatuan Peralatan dan Jentera Perkapalan Jepun’ hari ini.

Sesi itu diadakan bersempena dengan Minggu Maritim Malaysia 2022 selama tiga hari (MMW 2022).

Bertemakan ‘Teknologi Terkini untuk Perkapalan Hijau’, MMW 2022 menampilkan inovasi, penyelidikan dan pembangunan maritim serta teknologi baharu yang boleh membantu dalam peralihan kepada perkapalan dan amalan maritim yang lestari.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon