B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Peluang baharu Malaysia, India dalam ekonomi digital

Peluang baharu Malaysia, India dalam ekonomi digital

08 Ogo 2023

HUBUNGAN dua hala India-Malaysia yang semakin kukuh akan membuka peluang baharu kepada kedua-dua negara terutama dalam ekonomi digital, kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N.Reddy.

Beliau berkata, terdapat peluang ekonomi digital untuk India dan Malaysia dalam Teknologi Maklumat (IT) 2.0.

“Idea IT 2.0 berbeza daripada IT 1.0 yang memerlukan pendekatan berbeza dan cara kita boleh mengambil peluang ini untuk membangunkan dimensi tersebut seperti kecerdasan buatan, Internet Pelbagai Perkara (IoT) dan pengkomputeran awan.

“Perkara utama bagi bidang ini ialah pembangunan bakat, pelaburan daripada kedua-dua pihak dan melihat keupayaan untuk memenuhi keperluan syarikat dan keperluan ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siri syarahan bertajuk “”India-Malaysia Relations – Moving Forward Amidst India’s Strategic Positioning in Global and Regional Affairs” anjuran The Economic Club of Kuala Lumpur (ECKL) dan Star Media Group.

Reddy berharap ada jalinan kerjasama dalam industri pemula niaga, contohnya antara Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan syarikat India menggunakan model ‘mentor-mentee’.

Selain itu, Majlis Digital Malaysia-India mungkin akan ditubuhkan untuk menyokong agenda ekonomi digital dan peluang kerjasama dalam teknologi kewangan (fintech), katanya.

“Terdapat inovasi fintech yang memacu pertumbuhan India dan ia didorong oleh Antara Muka Pembayaran Bersepadu, sistem pembayaran segera di mana lebih melibatkan sebanyak 350 bank di India.

“Sehubungan itu, kami berharap kami dapat membawa inovasi tersebut ke Malaysia, pengiriman wang rentas sempadan dengan lebih mudah menerusi penggunaan fintech tersebut,” katanya.

Selain itu, Reddy berkata India juga sedang mencari peluang dalam bidang kesihatan untuk kedua-dua negara seperti pembangunan vaksin, perubatan generik dan pelancongan perubatan.

“Wujud juga peluang kerjasama dalam pembuatan, pertanian, keselamatan makanan, semikonduktor, tenaga boleh diperbaharui dan keselamatan tenaga,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi ECKL, Datuk Seri Mohd Iqbal Rawther berkata, Malaysia harus mengambil peluang untuk belajar daripada India dalam memajukan ekonomi digitalnya.

“Ekonomi Madani yang baharu diperkenalkan sedang meneroka bidang baharu bukannya pembangunan ekonomi tradisional seperti pembuatan dan perindustrian, oleh itu kemajuan teknologi seperti itu dari India adalah peluang untuk Malaysia.

“Bagaimanapun, sektor tradisional seperti eksport minyak sawit juga memerlukan banyak penambahbaikan untuk memajukan hubungan dua hala kedua-dua negara,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon