B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Nilai jualan sektor pembuatan tertinggi selepas 44 bulan

Nilai jualan sektor pembuatan tertinggi selepas 44 bulan

06 Mei 2021

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Mac 2021 berjumlah RM126.9 bilion meningkat sebanyak 15.3 peratus iaitu tertinggi selepas 44 bulan.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, nilai jualan naik 7.2 peratus berasaskan bulan ke bulan.

Beliau berkata, peningkatan sebanyak 15.3 peratus adalah dipacu oleh produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (34.2 peratus), produk elektrik dan elektronik (17 peratus) serta produk makanan, minuman dan tembakau (14.9 peratus).

“Jumlah pekerja sektor pembuatan pada Mac 2021 adalah seramai 2,233,545 orang iaitu berkurang sebanyak 1.1 peratus berbanding 2,257,273 orang pada Mac 2020.

“Jumlah gaji dan upah yang dibayar adalah berjumlah RM7,514.3 juta iaitu meningkat 0.8 peratus atau RM58.3 juta pada Mac 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Mohd Uzir, nilai jualan per pekerja meningkat sebanyak 16.5 peratus kepada RM56,831 berbanding bulan yang sama tahun 2020.

“Purata gaji dan upah pekerja adalah sebanyak RM3,364 pada Mac 2021.

“Pada suku tahun pertama 2021, nilai jualan merekodkan peningkatan sebanyak 8.5 peratus kepada RM368.2 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

“Bilangan pekerja pada tempoh tersebut berkurang sebanyak 1.1 peratus kepada 2,233,545 orang, manakala gaji dan upah dibayar mencatatkan penurunan 0.6 peratus kepada RM22.6 bilion,” katanya.

Katanya, nilai jualan per pekerja pada tempoh rujukan meningkat sebanyak 9.7 peratus kepada RM164,865.

Sumber: Sinar Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon