B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Eskport sarung tangan Mah Sing Healthcare dijangka bermula tidak lama lagi

Eskport sarung tangan Mah Sing Healthcare dijangka bermula tidak lama lagi

24 Mei 2021

Mah Sing Healthcare Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd, telah memperoleh lesen perniagaan dan lesen/permit lain yang berkaitan bagi pengeksportan sarung tangan.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata ia telah memulakan operasi kilang pembuatan sarung tangannya di Kapar, Klang, dan menambah penghantaran sarung tangan pertama dijangka bermula pada bulan Mei atau Jun tahun ini.

“Kumpulan ini telah memperoleh bahan mentah yang mencukupi untuk memenuhi pesanan dan minat daripada pembeli dan pengedarnya, yang terutamanya untuk  pasaran seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, Timur Tengah, Eropah, United Kingdom, Jepun, China, Korea, Singapura, Rusia dan Amerika Latin,” katanya.

Mah Sing Healthcare berkata pihaknya juga telah menerima lesen eksport daripada Lembaga Getah Malaysia, yang akan memudahkan perniagaan eksport untuk operasi pembuatan sarung tangan kumpulan itu.

Ia juga memperoleh dua lesen penubuhan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) untuk Sarung Tangan Pemeriksaan Pesakit Polimer Nitril dan Sarung Tangan Pemeriksaan Pesakit Lateks daripada FDA Amerika Syarikat.

Syarikat itu menambah ia turut membuat kemajuan yang baik dalam memperoleh ‘FDA 510 (k) Premarket Notication’  dan ‘Conformitè Europëenne (CE) Marking’ masing-masing untuk eksport ke pasaran AS dan Eropah.

“Kejayaan ini menempatkan Mah Sing dalam kalangan beberapa peserta sarung tangan baharu pertama di Malaysia yang memulakan pengeluaran sarung tangan untuk memenuhi permintaan pasaran dengan segera,” katanya.

Mah Sing Healthcare berkata pelaksanaan usaha penerokaan sarung tangannya mengikut jadual kerana akan ada enam barisan/talian pengeluaran yang akan beroperasi pada suku kedua tahun ini, diikuti oleh enam lagi barisan/talian pengeluaran pada suku ketiga.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon