B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Comfort Glove pertingkat pengeluaran kepada 25.2 bilion setahun

Comfort Glove pertingkat pengeluaran kepada 25.2 bilion setahun

24 Mei 2021

Comfort Gloves Bhd (CGB) merancang untuk memberhentikan 20 barisan mencelup dan membina semula 22 barisan mencelup baharu di kemudahannya, yang mampu menghasilkan 3.9 bilion sarung tangan setahun, meningkat 57 peratus dari kapasiti sarung tangan  sedia  ada pada masa ini iaitu sebanyak 6.8 bilion.

Kumpulan ini juga merancang untuk membina kemudahan pengeluaran di Bemban, Batu Gajah, Perak, apabila siap  kelak ia akan dapat menghasilkan sarung tangan sehingga 14.5 bilion setahun.

“Apabila  kedua-dua rancangan pengembangan itu selesai, jumlah kapasiti pengeluaran kumpulan ini diharapkan akan tumbuh dari 6.8 bilion  sarung tangan setahun kepada 25.2 bilion sarung tangan setahun, peningkatan 270 peratus daripada kemampuan pengeluarannya ketika ini,” kata CGB dalam Laporan Tahunan 2021 dikeluarkan di sini, hari ini.

Syarikat itu berkata bahawa ia mendapati berlaku peningkatan segmen dan pembezaan di pasaran sarung tangan getah yang menyebabkan peningkatan permintaan untuk sarung tangan yang khusus.

“CGB Group percaya bahawa ada potensi untuk mengembangkan segmen sarung tangan kerana fokus dan penekanan pengguna terhadap kebersihan dan sanitasi telah meningkat disebabkan oleh pandemik COVID-19.”

Untuk mengimbas kembali, ia berkata sejak berlaku pandemik COVID-19 di seluruh dunia pada awal tahun 2020, permintaan untuk peralatan pelindung diri terutama sarung tangan perubatan bagi mengekang penularan pandemik meningkat.

Untuk memenuhi peningkatan permintaan, CGB Group telah memperkemaskan operasinya untuk meningkatkan produktiviti dan output.

Hasilnya, kumpulan itu berjaya meningkatkan output pengeluarannya sekitar 30 peratus berdasarkan tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari, 2021.

Untuk tahun kewangan 2021, keuntungannya melonjak kepada RM287.33 juta daripada RM33.18 juta pada tahun kewangan 2020 disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi dan margin keuntungan yang lebih baik.

Hasil hampir mencecah satu bilion dolar pada RM946.44 juta berbanding RM510.73 juta sebelumnya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon