NCER tarik pelaburan RM15.6 bilion - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


NCER tarik pelaburan RM15.6 bilion

NCER tarik pelaburan RM15.6 bilion

04 Feb 2021

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menarik pelaburan bernilai RM15.6 bilion tahun lalu dan melepasi sasaran awalnya bagi tahun itu iaitu RM7 bilion di sebalik penularan pandemik COVID-19.

Wilayah ekonomi itu terus melaksanakan projek berimpak tinggi dan program modal insan penting bagi menyokong perniagaan serta ekosistem rantaian bekalan seperti termaktub dalam Pelan Pembangunan Strategik (SDP) NCER 2021-2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Seri Jebasingam Issace John, berkata pencapaian pada 2020 adalah bukti usaha diambil untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan menyediakan aktiviti ekonomi mampan kepada komuniti perniagaan.

“Inisiatif pemulihan sosioekonomi terkandung di dalam SDP NCER 2021-25 memberikan impak positif kepada rakyat selain sejajar dengan inisiatif pemulihan negeri dan Persekutuan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mesyuarat Majlis NCIA ke-25 diadakan hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin.

Mengenai peluang kerja, NCIA melepasi sasaran pelaburannya selain mewujudkan lebih daripada 22,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan, logistik, ekonomi digital, pelancongan, agribio serta ekonomi hijau.

Ia menerusi kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon