NTT buka pusat data kelima di Malaysia - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


NTT buka pusat data kelima di Malaysia

NTT buka pusat data kelima di Malaysia

04 Feb 2021

Penyedia perkhidmatan teknologi global dari Jepun, NTT Ltd, melancarkan pusat data kelimanya di Malaysia yang dikenali sebagai Cyberjaya 5 (CBJ5) bagi menampung keperluan perusahaan dan organisasi utama.

NTT dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini berkata CBJ5, yang terletak di NTT Cyberjaya Campus, juga bertujuan untuk menyokong perkembangan ekonomi digital di Malaysia. 

Menurut syarikat tersebut, pengembangan pusat data di Malaysia itu merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan bahagian Pusat Data Global NTT, yang mengendalikan platform pusat data ketiga terbesar di dunia di lebih 20 negara dan wilayah..

NTT berkata Malaysia merupakan satu daripada pasaran pusat data utama di rantau ini berikutan ketersediaan sumber yang banyak dan dasar kerajaan yang menyokong berkaitan prasarana pusat data.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NTT Ltd Malaysia Henrick Choo berkata pusat data kelima itu akan dapat memenuhi keperluan meluas organisasi untuk mencapai objektif perniagaan digital mereka, terutamanya, sektor perkhidmatan kewangan kerana pusat data itu mematuhi garis panduan Pengurusan Risiko dalamTeknologi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

“Kami berharap dapat memainkan peranan utama dalam menyediakan kapasiti data penting dengan kelajuan tinggi bagi memastikan ekonomi digital dan ekosistem digital Malaysia terus berfungsi dengan baik,” katanya. 

Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka berkata NTT di Malaysia berjaya mengoperasikan pusat data Cyberjaya Campus itu selama lebih 24 tahun.

“Pengembangan dan pertumbuhannya merupakan bukti kejayaan Malaysia menjadi hab pusat data serantau di ASEAN. “Saya percaya pelancaran CBJ5 tepat pada masa dan pastinya akan dapat menarik lebih banyak pelabur dan syarikat antarabangsa ke Malaysia sebagai hab perniagaan dan ekonomi susulan usaha padunya dalam digitalisasi serta lokasi strategiknya di Asia Tenggara,” katanya.  

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon