B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MITI anjur program capaian promosi Industry4WRD dalam kalangan PKS

MITI anjur program capaian promosi Industry4WRD dalam kalangan PKS

22 Feb 2022

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensinya akan menganjurkan satu siri program capaian bertajuk “the Road Ahead with Industry4WRD 2022” di seluruh negara untuk mempromosikan Penilaian Kesediaan (RA) Industry4WRD dan Dana Intervensi (IF) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Program itu melibatkan kerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), SIRIM Bhd, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan SME Association.

Dalam kenyataan, MPC berkata capaian itu akan bermula di Perak dan Kedah pada Februari, diikuti Sabah dan Melaka/Negeri Sembilan (Mac), Terengganu dan Sarawak (Mei), Kelantan dan Pahang (Jun) serta Lembah Klang (Ogos, September dan Oktober).

“Program capaian ini untuk menarik lebih 260 PKS memohon RA Industry4WRD,” katanya.

MPC berkata matlamat program capaian itu untuk mempromosikan RA Industry4WRD dan IF MITI di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Katanya program capaian tersebut akan melibatkan enam pembentangan mengenai Dasar  Industry4WRD (oleh MITI), Penilaian Kesediaan Industry4WRD (MPC), Kriteria Penilaian Kesediaan (SIRIM Bhd), Platform Penyedia Penyelesaian (SME Association), Dana Intervensi dan geran berkaitan (MIDA) serta sesi berkongsi pengalaman oleh PKS yang telah menerima pakai industri 4.0 di bawah inisiatif Industry4WRD (FMM).

Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata RA Industry4WRD merupakan program yang komprehensif untuk membantu PKS menilai keupayaan dan kesediaan mereka untuk menerima pakai teknologi dan proses i4.0 dengan menggunakan set petunjuk untuk memahami keupayaan dan jurang semasa mereka.

“Melalui program ini, PKS akan dinilai berdasarkan tiga faktor anjakan yang penting kepada industri 4.0, iaitu manusia, proses dan teknologi.

“PKS, yang telah melalui program RA Industry4WRD yang menerima cadangan untuk beralih kepada i4.0, boleh memanfaatkan IF Industry4WRD — geran padanan pada jumlah maksimum RM500,000 dengan bayaran pendahuluan sebanyak 30 peratus daripada kerajaan untuk memulakan strategi intervensi mereka ke arah menerima pakai i4.0.

“PKS juga boleh memohon insentif lain seperti Dana Strategik Pelaburan Domestik dan Dana Berimpak Tinggi untuk memudahkan pelan peralihan i4.0 mereka,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon