B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MCCC akan terus galakkan ekonomi Malaysia-China, pembangunan perdagangan

MCCC akan terus galakkan ekonomi Malaysia-China, pembangunan perdagangan

26 Jun 2022

Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) akan terus mengekalkan kualiti berbilang kaum dan bekerja bersama-sama untuk memperkukuh hubungan Malaysia-China serta pembangunan ekonomi dan perdagangan.

Ia merupakan komitmen yang disuarakan oleh Loo Kok Seong sebagai Presiden yang baru dipilih ketika berucap selepas selesai proses pemilihan ahli Majlis Kebangsaan Penggal ke-13 MCCC yang diadakan di sini, pada Sabtu.

“Beliau berkata keutamaan Majlis Kebangsaan ke-13 adalah mengenal pasti peluang baharu untuk ahli dan merancakkan semula kerjasama MCCC dengan China,” menurut MCCC dalam kenyataan pada Ahad.

Majlis itu telah menetapkan lima keutamaan teratas untuk tiga tahun akan datang iaitu pameran produk China-ASEAN; penyebaran maklumat; platform untuk peluang perniagaan; peralihan ke dalam ekonomi digital dan delegasi perniagaan, katanya.

Beliau berkata justeru, MCCC akan menganjurkan Pameran Produk China-ASEAN, yang akan diadakan di Malaysia untuk meluaskan pasaran bagi kami dan memanfaatkan peluang perniagaan baharu yang wujud daripada Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“MCCC akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Oleh itu, kita akan memiliki maklumat ekonomi, perdagangan dan pelaburan yang berharga maklumat yang sangat bermanfaat kepada ahli kita,” katanya.

Loo berkata susulan China dijangka meningkatkan pelaburannya di Malaysia, MCCC akan membangunkan pasaran sehenti untuk memadankan pelabur China dengan penyedia barangan dan perkhidmatan Malaysia.

“MCCC secara aktif akan membantu ahli memasuki ekonomi digital dengan menganjurkan seminar yang berkaitan untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan peluang yang mereka perlukan, dan ini termasuk e-dagang, Industri 4.0 dan kecerdasan buatan,” katanya.

Beliau berkata selain itu setiap tahun, MCCC menyasar untuk menghantar dua delegasi perniagaan ke China untuk mengeratkan lagi hubungan kerja dan meneroka kemungkinan peluang perdagangan dan pelaburan.

“Berasaskan lima perancangan utama ini, dan hubungan kerja yang harmoni dalam pasukan, Majlis Kebangsaan yang baharu ini optimis bahawa ahli kami akan mendapat manfaat daripada peluang yang lebih baik untuk mencapai tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Loo telah dipilih sebagai Presiden untuk Majlis Kebangsaan ke-13 MCCC bagi penggal 2022 hingga 2025, menggantikan Datuk Tan Yew Sing.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon