B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


MARGMA pastikan tiada kekurangan bekalan PPE

MARGMA pastikan tiada kekurangan bekalan PPE

01 Jun 2021

Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) memberi jaminan ahlinya akan berusaha memastikan tidak berlaku kekurangan ketara bagi item peralatan perlindungan peribadi (PPE) penting di seluruh dunia

Ia di sebalik peraturan menetapkan 60 peratus pekerja semasa tempoh sekatan pergerakan penuh.

Presiden, Dr Supramaniam Shanmugam berkata tempoh bagi penghantaran semasa akan menjadi sedikit panjang memandangkan pengilang Malaysia mengeluarkan 67 peratus daripada bekalan global.

“Oleh yang demikian, kami mempunyai tanggungjawab kepada semua orang dunia dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menguruskan situasi ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau menyedari ahlinya perlu melaksanakan sebaik mungkin untuk meredakan kekurangan bekalan sarung tangan memandangkan terdapat keperluan mendesak bagi item PPE.

Justeru, beliau menggesa semua ahli berusaha untuk membantu India, Pakistan, Bangladesh dan banyak negara Amerika Selatan dengan menyediakan lebih banyak sarung tangan perubatan.

“Permintaan sarung tangan kekal kukuh bagi sektor penjagaan kesihatan dan kami bersedia untuk memenuhi permintaan sektor bukan penjagaan kesihatan yang bergerak perlahan namun pasti ke arah pemulihan.

“Susulan Eropah dan Amerika kini bergerak ke arah agenda ekonomi pemulihan, ini bermakna sektor bukan penjagaan kesihatan seperti pengendalian makanan, perindustrian, makmal bilik bersih, dermatologi dan pentatuan akan kembali rancak,” katanya.

Supramaniam berkata secara tradisional, sektor bukan penjagaan kesihatan memerlukan kira-kira 17 peratus daripada jumlah sarung tangan yang dikeluarkan sekali gus ia akan menjadi angka yang besar untuk dipenuhi.

Beliau berkata pelaksanaan sekatan pergerakan penuh kali ini merupakan langkah munasabah dan akan menyokong usaha kerajaan dalam mengekang peningkatan ketara kes semasa COVID-19 di negara ini.

Masyarakat dunia dinasihatkan kekal berhati-hati supaya tidak terperangkap atau diperdaya dengan janji penghantaran pantas dan yang membabitkan kos murah, katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon