B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Eksport sektor kayu negara meningkat

Eksport sektor kayu negara meningkat

01 Jun 2021

Jumlah eksport sektor berasaskan kayu meningkat 9.9 peratus kepada RM6.04 bilion pada suku pertama 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lalu meskipun negara masih berdepan dengan krisis pandemik, kata Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhtar Suhaili, berkata tiga pasaran utama negara ke benua Eropah, Amerika dan Oceania menunjukkan pertumbuhan eksport yang menggalakkan.

Beliau berkata, pasaran eksport ke Eropah mencatat pemulihan yang memberangsangkan dengan jumlah eksport ke pasaran ketiga terbesar itu meningkat 9.9 peratus kepada RM561.2 juta.

“Ini antaranya berikutan peningkatan permintaan produk dan perabot kayu DIY daripada golongan yang bekerja dari rumah dan pembelian yang lebih daripada kebiasaan disebabkan kebimbangan pengimport akan kekurangan bekalan dan kenaikan harga.

“Tiga produk utama ke pasaran terbabit adalah perabot kayu bernilai RM242.9 juta, produk kayu tanggam (RM96.5 juta) dan kayu gergaji (RM73.9 juta),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhtar berkata, eksport ke benua Amerika, pasaran terbesar negara melonjak 46.9 peratus kepada RM2.44 bilion.

Beliau berkata, Amerika Syarikat (AS) adalah penyumbang utama di pasaran itu dengan pembelian lebih daripada 60 peratus daripada eksport perabot kayu negara dan meningkat 47.1 peratus kepada RM1.93 bilion.

“Pertumbuhan positif ini adalah disebabkan pakej rangsangan ekonomi di negara berkenaan bagi mengurangkan beban individu dan perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta pergeseran perdagangan antara AS dengan China yang secara tidak langsung membuka peluang perniagaan kepada negara-negara ASEAN termasuk Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, eksport ke pasaran Oceania seperti Australia dan New Zealand turut merekodkan peningkatan 19.0 peratus kepada RM297.7 juta.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon