B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia, UK bincang teroka kerjasama strategik

Malaysia, UK bincang teroka kerjasama strategik

15 Mac 2023

Malaysia dan United Kingdom (UK) mahu meningkatkan hubungan dua hala, selain meneroka ruang kerjasama strategik dalam pelbagai bidang seperti keselamatan, perdagangan dan pelaburan, teknologi hijau serta ekonomi digital.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kini dalam lawatan kerja ke UK berkata, perkara itu dibincangkan ketika pertemuannya dengan Setiausaha Luar Negeri, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, James Cleverly.

“Kami turut sama membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang membabitkan kepentingan bersama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketika perbincangan itu, beliau juga sempat mengetengahkan isu minyak sawit yang juga antara eksport penting negara selain isu keselamatan serta keselamatan rantau Indo-Pasifik.

Zambry mengetuai delegasi Malaysia untuk menyertai tiga acara penting Komanwel di London, UK mulai Isnin lalu sehingga hari ini .

Acara itu adalah Sambutan Hari Komanwel, Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri-menteri Komanwel (CMAG) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Hal Ehwal Luar Komanwel (CFAMM).

Malaysia menjadi ahli Komanwel sejak 66 tahun lalu dan selaku tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-11 pada 1989 serta mendapat penghormatan sebagai negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon