B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia, Turki perkuat kerjasama melalui perkongsian teknologi

Malaysia, Turki perkuat kerjasama melalui perkongsian teknologi

17 Jun 2022

Malaysia dan Turki akan memperkuatkan lagi kerjasama melalui perkongsian teknologi, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ia antara perkara dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat Duta Besar Turki, Merve Safa Kavakcı, bersama wakil dua syarikat gergasi industri pertahanan negara itu, semalam.

Beliau berkata, Malaysia akan menerokai peluang kerjasama perkongsian teknologi dengan syarikat Turki.

“Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Servet Akkaynak, dan Turkish Aerospace Industry (TAI) diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Temel Kotil, telah mempelawa saya untuk melawat kilang mereka di Turki.

“Mereka berminat untuk menerokai peluang perkongsian teknologi, khususnya dalam bidang aset pertahanan dan aeroangkasa.

“Insya-Allah, kita akan memperkuatkan lagi kerjasama Malaysia-Turki,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook rasmi beliau, semalam. 

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon