B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malaysia, Korea Selatan kukuh hubungan dalam sektor tenaga

Malaysia, Korea Selatan kukuh hubungan dalam sektor tenaga

13 Jan 2022

Malaysia komited dalam melaksanakan peralihan tenaga ke arah industri bekalan elektrik yang rendah karbon, selaras dengan aspirasi negara mencapai pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih pada 2050.

Perkara itu dinyatakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam ucap utamanya pada Bengkel Kerjasama Tenaga Malaysia-Korea Selatan Ke-10, hari ini.

“Bengkel ini menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai usaha kedua-dua negara dalam peralihan tenaga.

“Ia memberi ruang untuk meneroka peluang dan potensi kerjasama dalam sektor tenaga elektrik bersama pihak industri dari Korea Selatan.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan kerjasama ini, Malaysia mendapat manfaat dari aspek pembangunan modal insan serta kepakaran teknikal membabitkan agensi kerajaan dan swasta terutamanya dalam bidang tenaga baharu, kecekapan tenaga serta aplikasi dan teknologi nuklear,” katanya dalam kenyataan.

Takiyuddin turut mempelawa syarikat Korea Selatan yang berpangkalan di Malaysia merebut peluang untuk melanggan Tarif Tenaga Hijau (Green Energy Tariff (GET)) demi memenuhi komitmen ‘Environmental, Social and Corporate Governance’ (ESG).

Pada bengkel itu, Takiyuddin dan Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Lee Chi Beom, turut menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian antara Confreth Sdn Bhd dengan Konsortium Korea dalam projek pembangunan teknologi bangunan cekap tenaga.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon