B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Majuperak, Siemens teroka perkongsian teknologi

Majuperak, Siemens teroka perkongsian teknologi

10 Mac 2021

Majuperak Holdings Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Siemens Malaysia Sdn Bhd (Siemens) bagi meneroka perkongsian teknologi melalui syarikat operasi Infrastruktur Pintar Siemens (SSI).

Kerjasama strategik itu seiring dengan aspirasi Majuperak untuk meningkatkan perkhidmatan pengurusan tenaga di bawah portfolionya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Majuperak, Nizran Noordin, berkata MoU itu akan menyediakan produk dan perkhidmatan daripada syarikat operasi SSI yang terdiri daripada unit perniagaan digital seperti perisian e-mobiliti, kecekapan tenaga, microgrid, papan pemuka tenaga, automasi, perundingan tenaga dan peranti perlindungan.

Beliau berkata, perkongsian dengan Siemens adalah satu pencapaian penting bagi kerana akan terus meningkatkan penawaran produk dan perkhidmatan Majuperak, terutama untuk segmen aset dan kemudahan pengurusan serta perkhidmatan pengurusan tenaga.

“Memanfaatkan kepakaran Siemens dan rekod prestasi yang terbukti sebagai rakan teknologi bertaraf dunia, kami yakin bahawa kerjasama ini akan membolehkan Majuperak meningkatkan pembabitan dalam inisiatif yang berkaitan dengan tenaga serta meneroka peluang baharu.

“Dengan kerjasama ini, terdapat banyak potensi yang dapat diperoleh untuk membangun dan memupuk sistem pengurusan tenaga yang lebih cekap.

“Memandangkan penekanan yang kuat terhadap tenaga boleh diperbaharui, kami yakin bahawa ini akan membuka nilai baru dan menyumbang kepada prospek jangka panjang Majuperak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nizran berkata, segmen perniagaan utama Majuperak merangkumi pengurusan hartanah dan aset serta tenaga.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Majuperak, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, berkata kerjasama antara kedua-dua pihak akan merangsang aktiviti tambah nilai yang lebih luas untuk kumpulan serta memberi manfaat kepada negara.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon