B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


LKL Cadang Kepelbagaian Perniagaan

LKL Cadang Kepelbagaian Perniagaan

10 Mei 2021

LKL International Bhd (LKL) telah mencadangkan untuk mempelbagaikan perniagannya dalam sektor sarung tangan getah dan alat pelindung diri (PPE).

Syarikat itu juga telah mencadangkan penempatan persendirian sehingga 355.05 juta saham penempatan pada harga terbitan yang akan ditentukan kemudian, hasilnya akan digunakan untuk perniagaan baharu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, LKL berkata selepas mempertimbangkan permintaan pasaran semasa untuk sarung tangan getah dan PPE berikutan pandemik COVID-19, kumpulan itu telah memutuskan untuk menceburkan diri dalam perniagaan baharu.  

Kumpulan berkenaan kini terlibat dalam pembuatan katil perubatan/penjagaan kesihatan, peralatan perubatan dan aksesori, serta perdagangan perabot perubatan, peranti perubatan, peralatan perubatan dan aksesori.

Kumpulan tersebut juga mahu mengadakan perjanjian pengedaran dengan pembekal sarung tangan getah dan PPE.

“Kepelbagaian yang dicadangkan membolehkan syarikat ini memanfaatkan permintaan yang meningkat untuk sarung tangan getah dan PPE sambil meraih peluang yang wujud akibat pandemik COVID-19.

“Ia juga akan memberikan aliran pendapatan tambahan kepada perniagaan teras kumpulan ketika ini,” katanya.

Berdasarkan harga terbitan ilustratif RM0.16 sesaham penempatan, kira-kira RM56.81 juta yang akan diperoleh daripada cadangan penempatan persendirian, ia akan digunakan untuk perdagangan sarung tangan getah dan PPE, membuna kemudahan penyimpanan baharu dan menanggung perbelanjaan untuk cadangan tersebut.

LKL berkata pihaknya menjangkakan penyertaannya pada masa depan dalam perniagaan baharu boleh menghasilkan peralihan lebih daripada 25 peratus aset bersih Kumpulan LKL dan dapat menyumbang 25 peratus atau lebih daripada keuntungan bersih kumpulan tersebut.

Oleh itu, ia berkata bahawa syarikat itu telah mencadangkan untuk mendapatkan persetujuan daripada pemegang saham untuk cadangan kepelbagaian tersebut.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon