B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


EG Industries keluarkan router 5G untuk pelanggan AS

EG Industries keluarkan router 5G untuk pelanggan AS

10 Mei 2021

EG Industries Bhd memperluaskan kemampuan pembuatannya dengan mengeluarkan router 5G untuk pelanggan di Amerika Syarikat (AS).

Ia hasil daripada pelaburan sebanyak RM200 juta kumpulan itu sejak lima tahun lalu di tiga kilangnya dekat Sungai Petani, Kedah.

Pelaburan itu diperuntukkan untuk pembelian dan peningkatan mesin dan peralatan termasuk 30 barisan pembuatan teknologi ‘surface mount’ serta pembinaan automasi pembuatan Smart 4.0 yang dibangunkan secara dalaman yang dilengkapi tangan robotik pintar dan sistem pembuatan pintar, katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutifnya, Datuk Alex Kang berkata EG Industries kini sudah bersedia untuk mengeluarkan teknologi 5G bagi pelanggan dalam sektor teknologi yang terkemuka dan kemampuannya untuk membina router 5G lengkap untuk pelanggan di AS.

Katanya, ia mencermikan kemampuannya dalam pembuatan untuk memenuhi kriteria dalam industri teknologi yang berkembang pesat.

“Kami bangga untuk terus melakukan pelaburan di Kedah, ia turut menarik minat pelbagai syarikat multinasional memandangkan negeri itu mempunyai potensi besar untuk menjadi hab pembuatan penting di Malaysia.

“Kami berharap prospek positif EG Industries juga dapat diterjemahkan menjadi peluang bagi Kedah dan Malaysia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih baik,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon