B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Syarikat Blok Rantai Jadikan Malaysia Hab Serantau

Syarikat Blok Rantai Jadikan Malaysia Hab Serantau

14 Mei 2021

Syarikat pembangunan blok rantai Jepun, Chaintope Inc, merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantaunya di Asia Tenggara bagi menyokong projek transformasi digital kerajaan dan tenaga hijau.

Ketua Pegawai Pemasaran Chaintope, Junya Yoshizaki berkata Malaysia adalah lokasi yang ideal untuk syarikat itu bertapak kerana ia memiliki penggunaan bahasa Inggeris yang tinggi, persekitaran yang stabil dan daya saing kos.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Operasi subsidiari Chaintope di Malaysia, Chaintope Malaysia Sdn Bhd. Chaintope Malaysia adalah syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC).

“Saya percaya teknologi blok rantai akan mengubah dunia dan kehidupan rakyat secara mendadak semasa pandemik COVID-19 ini. “Kami mahu menjadi sebahagian daripada ekosistem ini dan usaha transformasi Malaysia serta rantau ini.

“Ini selaras dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan ekonomi yang lebih hijau dan inovatif,” katanya kepada Bernama.

Yoshizaki merupakan salah seorang ahli panel forum pelaburan dalam talian bertajuk “Malaysia in its Present State”, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 6 April lepas.

Beliau berkata Chaintope Malaysia sedang menyokong beberapa projek di Jepun dan Malaysia, termasuk pendigitalan dokumen pentadbiran dî lizuka, Wilayah Fukuoka serta kebolehkesanan dalam industri perikanan Jepun bagi mengesan sumber marin dan mencegah penangkapan ikan secara haram.

Chaintope, yang menubuhkan anak syarikatnya di Kuala Lumpur pada 2017, adalah salah satu syarikat pertama yang memulakan penyelidikan dan pembangunan dalam rantaian blok awam serta telah menjadi pengamal awal teknologi itu di kalangan syarikat Jepun.

Syarikat berkenaan telah memperoleh sejumlah 300 juta yen (100 yen = RM3.78) pembiayaan daripada beberapa pemodal teroka, salah satunya ialah ANRI, sebuah pertubuhan modal teroka yang sangat bereputasi baik di Jepun.

“Dengan perubahan model perniagaan kami baru-baru ini, pasukan Malaysia kami turut menyokong projek-projek di Jepun. Sebelum ini, kami bekerjasama dengan individu peruncitan serta syarikat-syarikat tenaga di Malaysia, tetapi kini kami menumpukan kepada syarikat teknologi maklumat yang menyediakan aplikasî blok rantai kepada pelbagai perusahaan,” katanya.

Yoshizaki menambah Chaintope membaca teknologi blok rantai yang dibangunkan sendiri iaitu Tapyrus ke Malaysia.

“Kami sedang menggunakan teknologi ini untuk mengeluarkan sijil elektronik dan merekodkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang dijana oleh kuasa sisa bagi membekalkan elektrik kepada fasiliti awam di Saga, Jepun,” jelasnya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon