B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Lawatan kerja TPM Singapura perkukuh hubungan, kerjasama dua hala – Tengku Zafrul

Lawatan kerja TPM Singapura perkukuh hubungan, kerjasama dua hala – Tengku Zafrul

04 Sep 2022

Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia bermula hari ini, menjadi peluang untuk kedua-dua negara saling bertukar pendapat dalam pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyifatkan lawatan bermula 4 hingga 7 September ini akan turut memperkukuh hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua negara.

“Selain jiran terdekat, Singapura juga adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan sebanyak RM267.11 bilion (USD64.43 bilion) pada 2021 iaitu peningkatan 25.2 peratus berbanding nilai pada 2020,” katanya.

Wong dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, selain menyertai sesi dialog tertutup bersama Kuala Lumpur Business Club.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon