B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerjasama Crimson Omega, Ascott International Management majukan Harris Sunshine Penang

Kerjasama Crimson Omega, Ascott International Management majukan Harris Sunshine Penang

02 Sep 2022

Crimson Omega Sdn Bhd dan Ascott International Management (Malaysia) Sdn Bhd pada Jumaat mengumumkan kerjasama untuk memajukan hotel Harris Sunshine Penang di Sunshine Central, Ayer Hitam di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Crimson Omega, Cynthia Hwang berkata hotel tiga bintang dilengkapi sekurang-kurangnya 289 bilik itu dijangkakan siap pada akhir 2023.

Beliau berkata hotel itu adalah sebahagian daripada projek mega Sunshine Central yang merangkumi pusat beli-belah runcit, menara pejabat, hotel, pangsapuri berperkhidmatan dan pusat kesihatan.

“Pembinaannya hampir 86 peratus siap dan kami berhasrat membukanya tidak lama lagi. Penduduk Ayer Itam boleh mempunyai pekerjaan yang lebih baik, kurang perjalanan ke tempat kerja dan lebih banyak peluang perniagaan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa majlis menandatangani perjanjian pengurusan antara Crimson Omega dan Ascott International Management.

Hwang berkata masyarakat berpeluang mendapat manfaat daripada projek mega ini yang akan menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Ascott Ltd, Mak Hoe Kit berkata hotel itu dibina di lokasi yang strategik kerana terletak hanya beberapa minit dari mercu tanda pelancongan seperti Tokong Kek Lok Si dan stesen kereta api Bukit Bendera.

“Konsep Harris adalah untuk menyediakan persekitaran yang segar, bertenaga dan menyeronokkan, dengan penekanan pada kesejahteraan dan mengekalkan kecergasan untuk pengembara yang sedang dalam perjalanan,” katanya.

Beliau berkata dengan lebih 33,000 kaki persegi ruang dewan, Harris Sunshine Pulau Pinang bersedia untuk menjadi antara lokasi Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) terbesar di Pulau Pinang dengan sasaran permintaan yang tinggi daripada korporat, majlis perkahwinan dan acara.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon