B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia – UOB

Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia – UOB

02 Mac 2021

UOB Group (UOB) berkata ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan pandemik COVID-19 yang berterusan telah menguntungkan eksport Malaysia kerana penghantaran ke tiga rakan dagang terbesarnya iaitu China, Singapura dan Amerika Syarikat, meningkat dalam tempoh semasa.

UOB dalam nota penyelidikan pada Selasa berkata eksport Malaysia ke China meningkat RM60 bilion antara 2016 dan 2020, manakala eksport ke AS meningkat RM28.6 bilion dan eksport ke Singapura bertambah sebanyak RM27.7 bilion.

Ahli Ekonomi Kanan UOB, Julia Goh berkata cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.

“Pelaburan yang diluluskan di Malaysia menunjukkan minat pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih tinggi, terutamanya dari China dan Amerika Syarikat.

“Tetapi keadaan makro global akan menjadi pemacu utama pelaburan yang dilaksanakan dalam dua hingga tiga tahun akan datang,” katanya.

Goh berkata dasar juga harus diselaraskan untuk mengubah arah aliran global untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif.

Pelan pelaburan holistik yang melibatkan pelabur untuk memahami masalah yang menghalang pelaburan, meningkatkan perkhidmatan pelabur, dan menambah baik pentadbiran insentif pelaburan akan membantu meningkatkan iklim pelaburan, katanya.

Malaysia telah mendahului negara-negara serantau yang lain dan berada pada kedudukan kelapan dalam senarai import China dan ke-10 dalam senarai import AS.

Berdasarkan data import AS, import dari Malaysia meningkat AS$7.6 bilion (US $ 1 = RM4.06) antara 2016 dan 2020 manakala bagi data import China pula, import China dari Malaysia meningkat sebanyak AS$ 25.7 bilion dalam tempoh yang sama.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon