B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kerajaan Sabah berada di landasan betul untuk pacu ekonomi negeri – Hajiji

Kerajaan Sabah berada di landasan betul untuk pacu ekonomi negeri – Hajiji

29 Jul 2022

Kerajaan Sabah berada di landasan yang betul untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri kerana jumlah perdagangannya meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun kepada paras tertinggi berjumlah RM87.2 bilion tahun lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata kerajaan negeri akan meneruskan momentum dalam semua aspek bukan sahaja menggalakkan perdagangan tetapi membawa lebih banyak pelaburan berimpak tinggi untuk mengembangkan ekonomi.

“Ia petanda positif dan kami mengalu-alukan pencapaian ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Bernama hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa jumlah perdagangan Sabah meningkat sebanyak 9.8 peratus tahun ke tahun kepada paras tertinggi sebanyak RM87.2 bilion pada 2021, memetik Laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Sabah Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Sabah telah berdagang dengan 134 negara pada 2021, prestasi perdagangan negeri itu kukuh disebabkan peningkatan dalam eksport yang meningkat 34.7 peratus tahun ke tahun kepada RM55.7 bilion.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon