B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Sabah cipta rekod perdagangan tertinggi berjumlah RM87.2 bilion pada 2021

Sabah cipta rekod perdagangan tertinggi berjumlah RM87.2 bilion pada 2021

28 Jul 2022

Jumlah perdagangan Sabah meningkat sebanyak 9.8 peratus tahun ke tahun dengan mencatatkan rekod tertinggi berjumlah RM87.2 bilion pada 2021, menurut Laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Sabah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2021.

Dalam satu kenyataan, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Sabah telah berdagang dengan 134 negara pada 2021.

Beliau mengaitkan jumlah prestasi perdagangan negeri yang kukuh dipacu oleh peningkatan eksport, iaitu meningkat 34.7 peratus tahun ke tahun kepada RM55.7 bilion.

Pertumbuhan itu dipacu oleh eksport minyak sawit yang berkembang pada 34.4 peratus tahun ke tahun atau RM4.4 bilion kepada RM17.3 bilion, diikuti oleh minyak mentah (+24.6 peratus, +RM3.8 bilion), minyak isirung sawit (+63.7 peratus, +RM1.1 bilion) dan metanol (+67.0 peratus, +RM1.0 bilion).

Bagaimanapun, import negeri menguncup sebanyak 17.1 peratus tahun ke tahun kepada RM31.6 bilion, dengan lebihan dagangan berjumlah RM24.1 bilion, meningkat 642.2 peratus yang merupakan rekod pertumbuhan tertinggi dalam tempoh sepuluh tahun sebelum.

Menurut DOSM, penguncupan itu adalah disebabkan oleh penurunan sebanyak 50.2 peratus bagi jentera dan kelengkapan pengangkutan.

Laporan itu turut menyatakan bahawa Semenanjung Malaysia merupakan rakan dagang utama Sabah yang menyumbang 39.8 peratus kepada jumlah perdagangan, diikuti China (12.3 peratus), Australia (5.0 peratus), Kesatuan Eropah (4.9 peratus) dan India (4.6 peratus).

Lima rakan dagang ini bukan sahaja merangkumi 66.5 peratus daripada jumlah perdagangan pada 2021, malahan juga merupakan lima destinasi eksport utama yang menyumbangkan RM34.9 bilion atau 62.8 peratus daripada jumlah eksport.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon