B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Kawasan Perdagangan Bebas Asean akan dinaik taraf

Kawasan Perdagangan Bebas Asean akan dinaik taraf

22 Nov 2022

ASEAN dan China telah mengadakan rundingan untuk menaik taraf Kawasan Perdagangan Bebas Asean-China (ACFTA), lapor Agensi Berita Vietnam.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Asean-China ke-25 baru-baru ini di Phnom Penh, Kemboja, mengesahkan bahawa usaha itu untuk memastikan ACFTA membantu memperdalam dan meluaskan lagi hubungan ekonomi Asean-China serta menyumbang kepada pemulihan ekonomi pascapandemik di rantau ini.

ACFTA ialah perjanjian perdagangan bebas paling lama antara Asean dengan rakan dialognya.

Menaik taraf ACFTA menghantar isyarat kepada sektor swasta dan semua pihak berkepentingan bahawa kedua-dua Asean dan China komited untuk menjadikan ACFTA lebih relevan kepada perniagaan yang responsif kepada cabaran global.

Ia meliputi bidang kepentingan bersama termasuk ekonomi digital dan hijau, ketersambungan rantaian bekalan, persaingan, perlindungan pengguna dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

China ialah rakan perdagangan terbesar Asean dan sumber kedua terbesar pelaburan langsung asing (FDI).

ACFTA yang dinaik taraf akan terus menyokong trend dan momentum yang positif, menurut Sekretariat Asean.

Sementara itu, pemimpin Kemboja – Pengerusi Asean 2022, Brunei – penyelaras negara bagi Kawasan Perdagangan Bebas Asean-Australia-New Zealand (AANZFTA), Australia dan New Zealand telah mengumumkan hasil rundingan untuk memperkasa AANZFTA.

Perdagangan antara Asean, Australia dan New Zealand kekal teguh walaupun terdapat kesan global pandemik Covid-19 dan ketegangan geopolitik.

Langkah itu juga bertujuan untuk mengekalkan standardnya yang tinggi, menjadikan ia kekal relevan untuk perniagaan, membolehkannya menyumbang secara berkesan kepada usaha pemulihan ekonomi pascapandemik dan bertindak balas dengan cekap kepada cabaran global dan serantau.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon