B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Inisiatif hijau mampu jana penjimatan

Inisiatif hijau mampu jana penjimatan

08 Jul 2021

Syarikat pengeluar makanan, Kawan Food Manufacturing Sdn. Bhd. (Kawan Food) mengunjurkan inisiatif hijau yang dilaksanakannya mampu membawa penjimatan tahunan bernilai RM1 juta.

Kawan Food membuat keputusan melabur sejumlah RM7.28 juta tahun lalu bagi pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di atas bumbung fasiliti pengeluarannya di Hab Halal Pulau Indah, Selangor oleh syarikat penyelesaian tenaga hijau, Plus Xnergy Holding Sdn. Bhd. (Plus Xnergy).

Kos pelaburan tersebut termasuk penggunaan sistem pengurusan prestasi tenaga dipanggil SOURCE yang dibangunkan Plus Xnergy bagi menguruskan permintaan tenaga bangunan dan mengoptimumkan penjimatan tenaga.

Pengurus Kanan Kilang Kawan Food, Andy Yeap berkata, projek penjanaan tenaga solar yang dilaksanakan syarikat siap pada suku pertama 2021.

“Kami telah mencatatkan pendapatan kukuh dan mengalami lonjakan pesanan dalam talian untuk makanan sejuk beku daripada pasaran tempatan dan global semasa tempoh wabak ini.

“Dengan kadar penggunaan tenaga yang tinggi, syarikat akan mendapat keuntungan besar daripada pengurangan kos operasi menerusi penggunaan tenaga solar dalam jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Kosmo

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon