B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Malakoff meterai enam projek solar baharu

Malakoff meterai enam projek solar baharu

13 Jul 2021

Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Malakoff Radiance Sdn Bhd selesai memeterai enam perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) bagi membangunkan sistem panel tenaga solar atas bumbung dengan syarikat di bawah Kumpulan DRB-HICOM.

Malakoff dalam satu kenyataan hari ini berkata, SPPA itu membabitkan syarikat cabang pembuatan dan kejuruteraan DRB-Hicom iaitu CTRM Aero Composites Sdn Bhd, HICOM Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd, Isuzu HICOM (M) Sdn Bhd, HICOM Teck-See Manufacturing Sdn Bhd, HICOM Bhd dan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd.

Kemudahan solar itu akan dipasang di bawah kontrak bina-milik-kendali-pindah sebagai sebahagian daripada tempoh 25 tahun SPPA berkenaan.

“Sebaik saja siap, kemudahan itu dijangka menjana 18,836 megawatt jam (MWj) tenaga elektrik bersih setahun. Ini akan secara kolektif meneutralkan sekitar 13,072 tan pelepasan karbon setahun daripada industri pembuatan,” katanya.

Malakoff berkata, ia baru-baru ini memperoleh projek solar atas bumbung lain dengan AEON Co (M) Bhd, Northport (Malaysia) Bhd, Johor Port Bhd dan Pos Malaysia Bhd.

“Semua projek ini jika digabungkan, dengan kapasiti keseluruhan 25,444 kWp (kilowatt peak), akan menjana 33,243 MWj setahun dan meneutralkan 23,070 tan pelepasan karbon setahun,” katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata syarikat itu berada di landasan yang tepat untuk merebut peluang dalam sektor tenaga boleh diperbaharui kerana projek itu adalah satu lagi kejayaan dalam pengembangan segmen solar atas bumbung.

“Kami memiliki kapasiti dan kemampuan untuk meneruskan kerjasama dan usaha sama dengan mana-mana entiti perniagaan untuk sistem solar atas bumbung.

“Sebagai penggiat utama dalam sektor pengurusan tenaga dan sisa, pelanggan dan rakan kongsi kami mempercayai kemampuan kami untuk membantu mereka mencapai agenda mereka dalam menangani pelepasan karbon,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon