DHL lancar hab 'Applied analytics' di Johor - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


DHL lancar hab ‘Applied analytics’ di Johor

DHL lancar hab ‘Applied analytics’ di Johor

13 Jul 2021

Syarikat logistik global DHL dengan kerjasama Iskandar Investment Bhd (IIB) telah menubuhkan hab ‘DHL applied analytics’ (DAA) yang pertama di Malaysia.

Terletak di Medini, Iskandar Puteri, Johor, hab yang pertama di Malaysia seumpamanya itu adalah pejabat khusus DHL di luar Singapura yang akan menganjurkan pembangunan perniagaan dan pertemuan rangkaian untuk mewujudkan projek analisis canggih untuk pelanggan dan syarikat DHL yang berpangkalan di Iskandar Malaysia,” kata IIB dalam satu kenyataan.

Penubuhan hab  itu juga melibatkan Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai rakan kongsi dalam kerjasama tersebut, katanya.

IIB, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd itu berkata hab berperanan untuk memperkukuhkan kedudukan Medini sebagai pusat digital dan inovasi Johor.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Khairil Anwar Ahmad berkata penubuhan DAA itu akan membangunkan ekosistem perniagaan di Iskandar Puteri.

“DHL akan menempatkan saintis data berpengalaman di hab berkenaan untuk membantu melatih dan membangunkan bakat tempatan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta memberikan penyelesaian analisis data untuk pelanggan mereka.

“Ini akan meningkatkan  5,000 peluang pekerjaan ditawarkan sejak penubuhan IIB pada tahun 2006. Kami gembira dapat mewujudkan platform untuk memberi pendedahan dan latihan kepada bakat tempatan dalam analisis data yang sangat penting untuk pembangunan ekosistem digital di Medini,” katanya.

Walaupun wujud ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19, IIB mahu  memastikan Iskandar Puteri kekal  menjadi lokasi pelaburan yang menarik untuk pelbagai sektor.

“Pembentukan hab DAA mencerminkan sokongan DHL untuk memenuhi pertumbuhan permintaan di rantau ini untuk penyelesaian analisis rantaian bekalan terbaik dan membolehkan DHL memanfaatkan Iskandar Malaysia untuk lebih dekat dengan pelanggan DHL di Malaysia,” kata IIB.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon