B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Huawei, FMM jalin kerjasama mulakan usaha transformasi digital

Huawei, FMM jalin kerjasama mulakan usaha transformasi digital

05 Okt 2021

Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan berperanan sebagai dorongan ke arah pembangunan bakat, perkongsian pengetahuan dan kerjasama latihan.

Dalam kenyataan bersama baru-baru ini, kedua-dua pihak menjelaskan berdasarkan MoU itu, penekanan akan diberikan kepada, antaranya, pengalaman dan kejayaan global Huawei dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi serta usaha memanfaatkan Industri 4.0 bagi tujuan latihan.

Kerjasama itu termasuk mewujudkan pasukan teknikal untuk membantu ahli FMM dalam usaha transformasi digital mereka, jelasnya.

“Kedua-dua pihak menyasar untuk melatih 5,000 bakat digital bagi industri pembuatan setahun selama  lima tahun yang akan memastikan kemampanan kualiti kumpulan bakat digital,” menurutnya.

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata kerjasama itu menawarkan peluang kepada pengilang, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kecekapan dan memperluas capaian mereka melangkaui pesisir domestik.

“Walaupun sukar untuk kita bersaing dengan pengilang yang mempunyai pasaran domestik yang besar di negara mereka masing-masing atau dari segi industry berintensifkan buruh di mana kos buruh adalah lebih rendah, namun kita pastinya boleh bersaing dari segi kepakaran dan kecekapan, kita mempunyai kelebihan dalam perkara ini berbanding dengan negara jiran,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan berharap kalangan peserta industri dalam FMM akan terus mempercayai Huawei dan memberi peluang untuk berkongsi dalam membangunkan jejak digital mereka.

“Ekonomi digital di seluruh dunia semakin berkembang dan menjadi harapan kita, bahawa bersama-sama kita boleh mengharungi gelombang ini ke arah kemakmuran lebih besar pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon