B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Hidrogen pacu ekonomi hijau

Hidrogen pacu ekonomi hijau

23 Dis 2022

Hidrogen adalah kunci kepada menyahkarbonkan industri tenaga dan pengangkutan bagi memacu ekonomi hijau di Sarawak.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, bekalan kuasa di Sarawak kebanyakannya adalah hidroelektrik dan ini menjadikan Sarawak sesuai untuk pengeluaran hidrogen dan tenaga hijau.

Jelas beliau lagi, pelancaran projek Autonomous Rapid Transit (ART) oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mewakili komitmen Sarawak kepada menyahkarbonkan sektor pengangkutan dalam mencapai aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 (PCDS 2030).

“Kemajuan Sarawak dalam ART merupakan langkah pertama dalam penyahkarbonan sektor pengangkutan dan diramalkan akan mengurangkan trafik di Kuching, Sri Aman dan Serian sebanyak 12 peratus apabila sistem tersebut disediakan sepenuhnya.

“Bersama dengan bas berkuasa hidrogen, dijangka sebanyak 15 peratus jejak karbon daripada pengangkutan di kawasan Kuching akan dikurangkan menjelang tahun 2030,” jelasnya.

Dr Hazland menambah, kelebihan tambahan hidrogen untuk pengangkutan awam seperti ART ialah keupayaan menggunakan jalan dan infrastruktur sedia ada yang sesuai untuk bandar yang padat dengan penduduk dan bangunan.

Katanya lagi, ketersediaan tenaga elektrik yang sentiasa bertambah baik di kawasan luar bandar Sarawak, pembangunan dan pemasangan peralatan yang menukarkan air kepada hidrogen dan oksigen menggunakan elektrik sedang dilaksanakan.

Ujarnya, ini akan membolehkan masyarakat luar bandar menghasilkan sumber bahan api sendiri untuk memasak, pengangkutan dan juga menyimpan hidrogen untuk digunakan sebagai sumber tenaga semasa kecemasan.

Sumber: Sarawak Voice

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon