B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Hershey buka pusat R&D baharu di Johor

Hershey buka pusat R&D baharu di Johor

13 Mei 2022

Syarikat Hershey secara rasminya melancarkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu di Johor, Malaysia, menjadikannya antara kemudahan R&D terbesar Hershey di luar Amerika Syarikat (AS).

Hershey berkata, pelaburan itu adalah aspek teras strategi syarikat untuk memacu pertumbuhan antarabangsa melalui inovasi.

“Kemudahan baharu ini akan membolehkan Hershey membangun dengan pesat, menguji dan melancarkan produk baharu yang disesuaikan dengan cita rasa pengguna di rantau ini,” menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan dan Naib Presiden untuk Asia, Eropah, Timur Tengah, Afrika (AEMEA) dan India Hershey, Herjit Bhalla berkata kemudahan di Malaysia akan menjadi hab pusat untuk operasi syarikat di rantau AEMEA, termasuk India dan China.

Kemudahan seluas 10,400 kaki persegi itu akan menempatkan makmal R&D, kemudahan pembangunan pembungkusan dan kawasan pemantauan, yang akan membolehkan syarikat bekerjasama dengan pelbagai pasukan inovasi untuk ujian rasa dan menyenarai pendek produk ikonik.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon