B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Galaxy Racer jangka labur RM42 juta dalam ekosistem e-sukan Malaysia

Galaxy Racer jangka labur RM42 juta dalam ekosistem e-sukan Malaysia

12 Jan 2022

Organisasi e-sukan yang berpangkalan di Dubai, Galaxy Racer menjangka untuk melabur RM42 juta (US$10 juta) dalam tempoh lima tahun dalam ekosistem e-sukan Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Allan Phang berkata syarikat menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital serantau dengan pembukaan ibu pejabat Asia Pasifiknya di negara itu selain merancang untuk menganjurkan lebih banyak acara dan kejohanan e-sukan untuk memudahkan dan meningkatkan ekosistem esukan di Malaysia.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami akan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi yang akan memacu (pertumbuhan) ekonomi digital dalam kami menuju ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

“Kami turut merancang untuk mewujudkan harta intelek baharu (dalam industri kandungan digital) yang akan memberi manfaat kepada industri Malaysia” katanya Kami turut merancang untuk mewujudkan harta intelek baharu (dalam industri kandungan digital) yang akan memberi manfaat kepada industri Malaysia, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Phang berkata bagi memacu pembangunan e-sukan di Malaysia, Galaxy Racer turut menyasarkan untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam e-sukan dan telah menganjurkan Girl Gamer Festival World Finals di Dubai yang merupakan festival e-sukan pertama dan satu-satunya meraikan daya saing wanita dalam permainan video.

Selain itu, katanya syarikat merancang untuk mewujudkan studio animasi kesan visual (VFX) bertaraf dunia di negara itu supaya lebih berdaya saing dalam pasaran global dan menjadi peneraju pasaran dalam industri.

“Kami memahami dan mengiktiraf Malaysia adalah hab untuk studio animasi VFX dan kami juga sedang mengkaji bidang itu.

“Kami yakin dengan kumpulan tenaga kerja yang pelbagai di negara itu, terutamanya dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam membawa bakat baharu, (justeru) kami mahu memanfaatkannya juga,” katanya.

Diasaskan oleh Paul Roy pada 2019, Galaxy Racer adalah organisasi e-sukan, permainan dan gaya hidup terbesar di dunia dengan lebih 100 pencipta kandungan di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Selatan dan Eropah serta lebih 500 juta pengikut dan lebih 2.5 bilion tontonan bulanan.

Galaxy Racer merupakan antara syarikat yang menyertai Minggu Ekonomi Digital Malaysia, yang akan dilancarkan hari ini di Expo 2020 Dubai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon