B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Firma Malaysia rentan dengan peralihan teknologi global berikutan kekurangan R&D

Firma Malaysia rentan dengan peralihan teknologi global berikutan kekurangan R&D

12 Apr 2021

Syarikat Malaysia perlu membuat inovasi dan meningkatkan saranan nilai menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk bersaing dalam pasaran, memandangkan hanya 3.5 peratus syarikat Malaysia yang telah memperkenalkan produk baharu sejak tiga tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pengarah Eksekutif Perancangan Strategik (Pembuatan) Choo Wai Meng memetik Laporan Bank Dunia bertajuk ‘Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development’ yang dikeluarkan pada Februari berkata angka itu terlalu rendah berbanding yang berada dalam kumpulan serantau iaitu pada 20 peratus, dan kumpulan aspirasi iaitu 33 peratus.

“Syarikat Malaysia tidak melakukan inovasi menggunakan R&D seperti ekonomi-ekonomi utama dan keadaan itu menjadikan kita rentan dengan peralihan sistematik teknologi yang memberi kesan kepada pasaran global,” katanya ketika berucap bagi menutup program Perniagaan R&D (RD4B) anjuran MIDA di sini, pada Isnin.

Beliau berkata Malaysia mungkin mengalami gangguan kreatif disebabkan negara ini hampir ketiadaan potensi pertumbuhan susulan pengumpulan modal, oleh itu kegagalan untuk menginovasi produk baharu akan menyebabkan produk itu tidak dapat bersaing berikutan penepuan pasaran.

“Syarikat Malaysia kekal sebagai peniru, dalam jangka panjang ia akan mempunyai kesan dan syarikat Malaysia tidak dapat lagi bersaing pada faktor kos rendah, justeru, perlu beralih kepada pertumbuhan perniagaan berasaskan pengetahuan dan inovasi.

“Menerusi R&D, ia dapat mendorong pemupukan ekonomi berasaskan pengetahuan, dipacu oleh aset intelek yang menyediakan pulangan ekonomi, dan sukar untuk mencapai impak pertumbuhan perniagaan berasaskan inovasi sekiranya hanya bergantung kepada teknologi dan kepakaran asing,” katanya.

Laporan Bank Dunia itu juga mendapati beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun perbelanjaan R&D berkadaran dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah semakin meningkat namun ia masih dianggap rendah berbanding dengan yang melaksanakan peralihan dan yang menyasarkannya.

Di Malaysia, kebanyakan aktiviti R&D dijalankan oleh entiti perniagaan berbanding institusi penyelidikan atau institusi pengajian tinggi, dengan R&D perniagaan berkadaran dengan KDNK adalah lebih tinggi daripada kumpulan peralihan namun lebih rendah daripada kumpulan yang menyasarkan.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon