B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Empat universiti Malaysia meterai surat hasrat kerjasama TVET di China

Empat universiti Malaysia meterai surat hasrat kerjasama TVET di China

28 Ogo 2022

Empat Universiti Teknikal Malaysia (MTU) menandatangani surat hasrat kerjasama (LoI) berkaitan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan Guizhou Institute of Technology (GIT) yang terletak di Guiyang, ibu kota Guizhou di Barat Daya China.

Education Malaysia Beijing  (EMB) dalam kenyataan memaklumkan universiti berkenaan ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) serta  Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) dan setiap institusi menandatangi satu surat hasrat.

Surat hasrat itu ditandatangani pada The Second Malaysia-China (Guizhou) Education Cooperation Forum anjuran EMB dengan kerjasama MTU dan GIT, bersempena China ASEAN Education Cooperation Week (CAECW) di Guiyang, China baru-baru ini.

Turut hadir pada forum itu ialah Konsul General Malaysia di Nanning Azlimi Zakaria, manakala EMB diwakili Pemangku Pengarah Jason Choy Min Seng. 

Menurut kenyataan EMB, setiap pihak akan mengambil langkah perlu untuk menggalakkan kerjasama seperti dalam bidang akademik yang meliputi program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik selain kerjasama penyelidikan. 

GIT ialah institut politeknik yang memberi tumpuan kepada kejuruteraan untuk menggiatkan industri dan pembandaran Wilayah Guizhou dengan kira-kira 13,000 pelajar Ijazah Sarjana sepenuh masa.

Baru-baru ini Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama berterusan antara agensi kerajaan dan pemain industri dengan kerajaan China untuk meningkatkan TVET di kedua-dua negara.

Noraini berkata kerjasama antara industri di Malaysia dan China memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman kerja kepada ramai pelajar dan lepasan TVET, memandangkan ia mempunyai potensi yang amat besar dalam melahirkan tenaga kerja yang cekap.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon