B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Ekonomi Malaysia diyakini terus pulih tahun ini

Ekonomi Malaysia diyakini terus pulih tahun ini

25 Feb 2022

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) optimis bahawa ekonomi negara akan terus pulih pada 2022, sama seperti yang berlaku pada 2021, kerana data-data ekonomi menunjukkan pemulihan ekonomi semakin meningkat.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, menyatakan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kembali meningkat kepada 3.6 peratus pada suku keempat 2021 selepas menyusut 4.5 peratus pada suku tahun sebelumnya dan hampir semua sektor penawaran menunjukkan prestasi yang baik, manakala semua komponen permintaan akhir melebihi paras prapandemik 2019.

“Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berkembang 3.1 peratus pada 2021 selepas merosot 5.6 peratus pada 2020 dan prestasi tahunan itu disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor pembuatan yang mengatasi paras prapandemik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mendapati bahawa peningkatan permintaan global, pemulihan pasaran buruh, kemajuan vaksinasi COVID-19 dan sokongan dasar yang berterusan semuanya membantu pemulihan ekonomi Malaysia.

“Secara keseluruhannya, ini menandakan prospek ekonomi yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang. Justeru itu, tumpuan kerajaan akan terarah kepada dua teras utama untuk menyokong momentum pertumbuhan ekonomi, iaitu mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu usahawan terus berkembang.

“Malaysia kini sedang bersiap sedia bagi pembukaan semula sempadan antarabangsa sepenuhnya pada Mac 2022 yang akan memulihkan kembali aktiviti berkaitan pelancongan,” katanya.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon