B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Plus Xnergy melihat potensi pascapandemik dari urus niaga PPA dengan Keysight

Plus Xnergy melihat potensi pascapandemik dari urus niaga PPA dengan Keysight

25 Feb 2022

Plus Xnergy Asset (PXA), anak syarikat milik penuh Plus Xnergy Holding (Plus Xnergy), melihat potensi pascapandemik di wilayah Utara selepas menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) korporat dengan Keysight Technologies untuk memasang sistem solar fotovoltaik (PV) di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen berkata Plus Xnergy secara agresif mengejar peluang di negeri-negeri utara seperti Pulau Pinang, Perak dan Kedah kerana “banyak syarikat multinasional berada di sini dengan komitmen mereka terhadap kelestarian apabila menjadi sebahagian daripada komuniti global RE100”.

“Kami melihat potensi di sini, terutamanya selepas pandemik kerana banyak syarikat berusaha untuk beralih kepada emisi sifar bersih dengan melaksanakan 100 peratus strategi boleh diperbaharui,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ko menjelaskan bahawa PPA ialah kontrak di antara Keysight Technologies, pembeli tenaga, dan PXA, penjual tenaga untuk tempoh 20 tahun.

Beliau berkata menerusi penyelesaian PPA ini, Plus Xnergy membiayai sistem solar PV  yang dipasang di kemudahan Keysight Bayan Lepas, Pulau Pinang, bagi membolehkan Keysight membeli elektrik pada kadar grid yang lebih rendah untuk 20 tahun akan datang.

“Kami berbesar hati untuk mengusahakan usaha ini dengan Keysight Technologies, untuk menjadi sebahagian daripada peralihan mereka ke arah tenaga bersih.

Melalui ini, Keysight akan dapat mengoptimumkan aliran tunai melalui penjimatan berulang daripada tarif elektrik yang rendah tanpa perbelanjaan modal pendahuluan,” katanya.

Beliau menambah selepas tempoh 20 tahun, sistem itu kemudiannya dipindahkan kepada pemilikan Keysight yang mana mereka akan terus meraih faedahnya.

Ko berkata sistem fotovoltaik itu meliputi ke semua bumbung di lapan bangunan di tapak itu dan merupakan sistem penjanaan kuasa solar terbesar untuk Keysight secara global.

“Plus Xnergy telah berjaya mereka bentuk dan membiayai sistem dan sedang memasang penyelesaian itu di kemudahan Keysight Bayan Lepas. Setelah siap, Plus Xnergy akan menguruskan operasi sistem solar, menyediakan penyelesaian hujung ke hujung dalam memastikan kecekapan dan keberkesanannya. ,” katanya.

Beliau berkata ia akan mengurangkan bersamaan kira-kira 5,000 tan emisi karbon dioksida pada tahun pertama dan lebih daripada 95,000 tan dalam tempoh 20 tahun.

Pembekal tenaga bersih, kumpulan syarikat Plus Xnergy menumpukan dirinya melalui penyelesaian yang memenuhi kehendak menyeluruh sejajar dengan trilogy tenaga, yang terdiri daripada penjanaan tenaga, kecekapan tenaga dan penyimpanan tenaga.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon