B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


ECERDC tarik pelaburan komited bernilai RM13.4 bln pada 2021, lepasi sasaran

ECERDC tarik pelaburan komited bernilai RM13.4 bln pada 2021, lepasi sasaran

28 Jan 2022

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur  (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM13.4 bilion untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tahun lepas, melebihi sasaran awalnya sebanyak RM12 bilion.

ECERDC dalam satu kenyataan berkata angka itu telah mencecah rekod baharu sebagai pencapaian tahunan tertinggi di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP2.0) sejak 2018.

Ini bermakna ia berpotensi untuk mewujudkan lebih 11,000 pekerjaan dan lebih 680 peluang keusahawanan untuk rakyat, sekali gus memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia, katanya.

“Saya gembira kerana ECERDC telah mencapai banyak perkara dari segi menarik pelaburan baharu, pelaksanaan projek serta penghasilan peluang pekerjaan dan keusahawanan.

“Hasilnya memperlihatkan sokongan kerajaan dalam projek infrastruktur strategik sementara perluasan insentif cukai berkesan dalam meningkatkan daya saing wilayah sebagai destinasi pelaburan pilihan,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis ECERDC yang diadakan di kompleks Bandaraya Kuantan di sini hari ini.

Hadir dalam mesyuarat itu ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Turut sama ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

ECER merealisasikan pelaburan bernilai RM4.7 bilion pada tahun 2021.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa meninjau Menara Kuantan 188 yang merupakan antara produk pelancongan terkini dan ikonik yang dibangunkan ECERDC di tepi pesisir Sungai Kuantan di sini.

Pada sebelah petang, Ismail Sabri turut melawat Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Rompin, antara projek perniagaan tani ECERDC paling berjaya yang dilaksanakan dengan menggunakan model syarikat induk dengan kerjasama syarikat susu Farm Fresh Sdn Bhd.

Beliau bersama rombongan yang tiba pada 2.15 petang turut dibawa melihat ladang ternakan dan kilang memproses susu yang terletak di situ.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon