DRB-Hicom, Geely bincang lanjutkan MoU bangun Automotive HiTech Valley - MIDA | Malaysian Investment Development Authority
B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


DRB-Hicom, Geely bincang lanjutkan MoU bangun Automotive HiTech Valley

DRB-Hicom, Geely bincang lanjutkan MoU bangun Automotive HiTech Valley

11 Okt 2022

DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sedang berbincang untuk melanjutkan tempoh memorandum persefahaman (MoU) bagi membangun dan mempromosikan Automotive HiTech Valley di Tanjong Malim, Perak.

DRB-Hicom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan perkembangan terkini mengenai status MoU yang dimeterai pada 11 April 2022 itu yang akan berakhir selepas enam bulan.

Syarikat itu berkata, kerjasama strategik akan menambah nilai kepada syarikat kerana ia akan menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak untuk menimbang kaedah kerjasama pembangunan bandar automotif itu, yang disasarkan untuk membawa kesan limpahan berganda.

Antara lainnya, penubuhan kluster industri automotif di Tanjong Malim bakal menarik pelabur dan vendor dari China dan negara-negara lain di dunia.

“MoU itu adalah untuk membuka ruang bagi perbincangan dan rundingan lanjut antara pihak-pihak sebelum memeterai sebarang perjanjian muktamad untuk melaksanakan cadangan kerjasama strategik, kata syarikat itu.

Sementara itu, DRB-Hicom dalam satu kenyataan berasingan berkata ia sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perak untuk memuktamadkan perjanjian kerjasama yang muktamad.

Pada 12 April 2022, syarikat itu memeterai MoU dengan kerajaan negeri Perak bagi pembangunan bandar automotif bersepadu.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dengan sewajarnya.

“Kecuali seperti yang dinyatakan di atas, semua peruntukan yang terkandung dalam MoU itu akan terus kekal berkuat kuasa,” katanya.

Source: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon