B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Bajet 2023 tarik pelaburan dalam bidang strategik – Pakar cukai

Bajet 2023 tarik pelaburan dalam bidang strategik – Pakar cukai

08 Okt 2022

Bajet 2023 tidak lari daripada menggunakan insentif untuk menarik pelaburan langsung asing dalam bidang strategik, kata Ketua Cukai PwC Malaysia Jagdev Singh.

“Saya gembira melihat Bajet 2023 mengumumkan lanjutan insentif penempatan semula Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk menarik pelaburan elektrik dan elektronik (E&E) melalui lanjutan insentif cukai sedia ada dan pengurangan kadar cukai peribadi untuk ekspatriat C-suite sehingga 2024.

“Saya turut melihat usaha yang berterusan dalam hala tuju yang tepat dengan pelaksanaan cukai minimum global, bagaimanapun, pelepasan cukai sahaja mungkin bukan lagi menjadi sektor yang membezakan yang besar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas Bajet 2023 bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun, Jagdev berkata Malaysia perlu berbeza dengan menawarkan infrastruktur dan modal insan bertaraf dunia pada harga yang kompetitif.

Pengumuman Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) pada malam sebelumnya mengiktiraf kepentingan membangunkan ekosistem tersebut, yang boleh membawa masuk pelaburan yang betul,” katanya.

Mengenai usaha pembangunan mampan yang diumumkan dalam Bajet 2023, Ketua Cukai KPMG Malaysia Soh Lian Seng berkata walaupun tiada tarikh khusus mengenai pelaksanaan cukai karbon yang diumumkan dalam bajet tersebut, kerajaan sedang menilai mekanisme penetapan harga karbon.

“Ia telah diperkenalkan di pelbagai negara maju, cukai karbon akan menjadi sumber baharu hasil kerajaan dan ternyata merupakan langkah untuk membantu negara mencapai neutral karbon menjelang 2050,” katanya dalam kenyataan berasingan.

Beliau berkata lanjutan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) selama dua tahun lagi kepada 31 Dis 2025 akan terus memberi insentif dan menggalakkan perniagaan mempercepatkan penggunaan teknologi berteraskan ESG dan memulakan projek hijau.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon