B. MelayuEnglish日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pensonic Holdings

Pensonic Holdings

PENSONIC HOLDINGS BHD ditubuhkan pada tahun 1965 dan merupakan pengeluar dan pengedar Peralatan Rumah terkemuka yang berpusat di Pulau Pinang, Malaysia. PENSONIC telah berkembang pesat selama 50 tahun, bermula sebagai satu bengkel ke pusat perkilangan baru dan ibu pejabatnya yang terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang di mana kami melayani kira-kira 900 peniaga tempatan dan mengeksport ke lebih daripada 30 negara di seluruh dunia. Pusat R&D yang lengkap didirikan untuk meningkatkan rangkaian produk keseluruhan dari segi kualiti, ciri dan reka bentuk.

Dalam pasaran dan industri yang sangat kompetitif ini, adalah sangat mustahak bagi PENSONIC untuk membezakan produknya berbanding pemain lain. Dengan ini, PENSONIC telah memulakan satu siri latihan penjenamaan sejak tahun 1982. Ketekalan dalam penjenamaan telah membolehkan PENSONIC untuk bertahan dan bersaing walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar. Selain mengembangkan jenama sendiri, PENSONIC juga menggunakan strategi penjenamaan yang pelbagai untuk memperkukuhkan kedudukan kami untuk menjadi pemain terkemuka di pasaran. Hasilnya, kami telah menerima pelbagai anugerah berprestij seperti Brand Excellence Award, Putra Brand Awards, Best Brand in Consumer Electrical Appliances dan The Most Promising Brand of the Year.

Pada tahun 2010, kerajaan Malaysia memulakan Program Transformasi Ekonomi atau ETP di mana agenda utamanya adalah menghidupkan semula sektor swasta yang akhirnya akan mendorong dan memacu ekonomi Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. PENSONIC berbesar hati kerana telah dipilih dalam sebilangan kecil syarikat untuk menerajui penubuhan hab pembuatan termasuk pembuatan maya, usaha meningkatkan rantaian bekalan dan pembentukan rangkaian pengedaran antarabangsa untuk Peralatan Rumah (EHA).

Lebih daripada USD $50 juta telah dilaburkan sebagai sebahagian daripada sokongan kami untuk projek ETP ini. PENSONIC akan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi kerajaan yang berkaitan seperti MIDA dan MATRADE untuk terus meningkatkan kedudukan utama kami. Prasarana yang baik dan komitmen kerajaan akan meningkatkan keupayaan kami untuk membawa jenama kami, jenama Malaysia 100% ke tahap yang lebih tinggi dalam waktu terdekat.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon