B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perkhidmatan Pasca Pelaburan

Perkhidmatan Pasca Pelaburan

Pasca Kelulusan / Pasca Perlesenan

Bahagian Pematuhan Pelaburan MIDA adalah salah satu elemen terpenting dalam kitaran lengkap Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) untuk menggalak, membimbing dan membantu syarikat perkilangan dan perkhidmatan dalam pelaksanaan dan pengoperasian projek mereka setelah menerima kelulusan lesen dan/atau insentif perkilangan.

MIDA melalui Bahagian Pematuhan Pelaburan menilai permohonan pasca pelesenan di bawah Akta Penyelarasan Industri (ICA), 1975, Akta Penggalakan Pelaburan (PIA), 1986 dan Akta Cukai Pendapatan (ITA), 1967.

Untuk projek yang telah diluluskan dengan insentif cukai, syarikat diminta untuk menyerahkan Permohonan Pasca Insentif kepada MIDA bagi menentukan Tarikh Kuat Kuasa insentif dan Pengesahan syarat Pematuhan sebelum mereka boleh membuat tuntutan insentif cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dapatkan garis panduan dan senarai semak lengkap untuk permohonan Pasca Kelulusan/Pasca Pelesenan di sini.

Senarai Semak

*Pautan ini akan mengarahkan anda ke versi bahasa Inggeris

Sokongan Pasca Pelaburan & Infrastruktur

Dalam usaha kami untuk memperkukuh pertumbuhan pelaburan asing dan domestik di Malaysia, MIDA melalui Bahagian Pasca Pelaburan (Pasca Pelaburan) memberikan kemudahan kepada syarikat untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek mereka di Malaysia. Inisiatif ini memberikan kelegaan kepada para pelabur dan menggalakkan kemudahan menjalankan perniagaan.

Kami menawarkan perkhidmatan berikut:

  • Membantu syarikat dalam pelaksanaan projek baharu
  • Melakukan tinjauan berkala terhadap isu-isu dan merumuskan langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kelancaran operasi projek sedia ada
  • Bertindak sebagai orang tengah antara syarikat dan agensi kerajaan atau pihak berkepentingan yang lain
  • Memberikan sokongan kepada syarikat yang sedang melaksanakan mengembangkan, mempelbagaikan dan melabur semula projek mereka.

Fungsi Pasca Pelaburan MIDA disokong dengan baik oleh pelbagai agensi iaitu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (RMCD), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Jabatan Tenaga Kerja dan Imigresen. MIDA juga berhubung dengan Pegawai Perhubungan daripada Kementerian dan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk memudahkan syarikat dalam usaha perniagaan mereka di Malaysia.

Penubuhan Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi (TRACK) di bawah Pasca Pelaburan di MIDA adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan ekonomi sebagai respons kepada pandemik Covid-19 untuk mempercepat pelaksanaan projek yang sedang dijalankan.

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
Bahagian Pematuhan Pelaburan
Bahagian Pasca Pelaburan

Hubungi Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon