B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perak sasar jadi koridor utama TVET negara

Perak sasar jadi koridor utama TVET negara

20 Sep 2022

Perak serius mahu memperkasa dan melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai satu daripada strategi mengelak kebanjiran keluar bakat muda anak negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata ia antara langkah memenuhi permintaan keperluan terhadap tenaga kerja dalam usaha menjadikan negeri ini ‘mesra pelabur’ yang bakal menyaksikan lebih banyak kilang perusahaan akan dibuka di Perak menjelang tahun 2030.

Katanya, untuk itu Perak meletakkan sasaran untuk menjadi Koridor TVET Malaysia menjelang 2030.

“Macam saya selalu sebut, kita hendak orang muda Perak supaya mengambil peluang mendapatkan ilmu dan kemahiran daripada institusi TVET yang menyediakan subjek berkaitan dengan kemahiran itu.

“Apabila banyak kilang perusahaan datang ke Perak dan lebih banyak peluang pekerjaan sudah tentu keutamaan diberi kepada orang yang mempunyai sijil TVET sama ada sijil kemahiran penuh atau pun separa mahir.

“Sebab itu saya katakan mana-mana orang muda di Perak yang tak dapat menyambung pengajian peringkat tinggi, tak boleh masuk universiti dan sebagainya, maka jangan bimbang kerana boleh menempatkan dirinya dalam banyak organisasi yang menganjurkan TVET,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Empower Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Perak – Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Dewan Serbaguna, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, hari ini.

Pada majlis itu 400 peserta menerima sijil selepas menjalani pelbagai kursus kemahiran antaranya pembuatan bakeri, kulinari, kimpalan, menjahit dan dandanan.

Setakat ini, kira-kira 2,400 warga Perak sudah mengikuti program terbabit.

Saarani juga berkata, sehingga kini lebih 100 institusi pendidikan di Perak dengan sekurang-kurangnya 62 darinya menyediakan subjek TVET, lantas peluang tersedia itu wajar dimanfaatkan anak muda negeri.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon