B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Pembinaan & Pembaikan Kapal

Pembinaan &
Pembaikan Kapal

Lokasi strategik Malaysia di laluan laut yang penting menjadikan negara ini berada dalam kedudukan yang baik untuk mengakses laluan perdagangan global. Ahli geografi Yunani Ptolemy menggambarkan ia sebagai “Golden Khersonene” yang bermaksud Semenanjung Emas di atlasnya Geographica pada tahun 150 Masihi.

Pada zaman moden ini, subsektor Pembuatan Kapal dan Baik Pulih Kapal (SBSR) Malaysia merangkumi syarikat yang mengeluarkan kapal laut dan peralatan laut serta penyedia perkhidmatan berkaitan termasuk pembaikan kapal, reka bentuk, menaik taraf / penukaran kapal dan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO).

5

Projek Diluluskan

RM65.8 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

80%

172

Peluang Pekerjaan

RM65.8 juta

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

5

Projek Diluluskan

172

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

99

Kapal Berdaftar yang menjalankan aktiviti SBSR di Malaysia

31 terletak di Semenanjung Malaysia dan 68 di Sabah dan Sarawak.

30,000

Tanan Berat Muatan (DWT)

Malaysia mempunyai kemampuan membina kapal hingga 30,000 Tanan Berat Muatan (DWT).

Sokongan Kerajaan

Insentif industri SBSR yang diperkenalkan pada 2016 tersedia untuk syarikat baharu dan sedia ada sehingga akhir tahun 2022. Ini membolehkan syarikat baharu memohon sama ada Taraf Perintis dengan 70% Pengecualian Cukai Pendapatan ke atas pendapatan berkanun untuk jangka masa 5 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang dikeluarkan dalam masa 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak yang pertama dikenakan. Syarikat sedia ada boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas tambahan perbelanjaan modal layak yang dikenakan dalam tempoh 5 tahun.

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my
wpChatIcon