B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Teknologi Pengangkutan – Automotif

Automotif

Industri automotif Malaysia ialah sebahagian penting dan strategik dalam sektor perkilangan. Industri ini merangkumi pengeluaran kenderaan bermotor termasuk kenderaan penumpang, kenderaan komersial, motosikal dan skuter serta komponen dan alat ganti automotif. Subsektor automotif adalah sebahagian daripada ekosistem lengkap yang merangkumi sektor utama, perkilangan, perkhidmatan sokongan dan sektor selepas jualan.

Industri ini telah mendorong pembangunan industri kejuruteraan, sampingan dan sokongan. Ini juga telah menyumbang kepada pembangunan kemahiran dan peningkatan keupayaan teknologi dan kejuruteraan. Faktor-faktor ini telah meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai pusat operasi bagi pengilang automotif global.

Malaysia berada di kedudukan yang baik di antara negara-negara ASEAN kerana nisbah pemilikan kereta yang tinggi di rantau ini. Honda, Toyota, Nissan, Mercedes-Benz dan BMW adalah beberapa syarikat automotif global yang telah beroperasi di Malaysia untuk memanfaatkan permintaan pengguna.

Pembangunan industri automotif Malaysia telah menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluaran bagi pengeluar komponen automotif utama. Hari ini, terdapat kira-kira 800 pengeluar komponen automotif yang menghasilkan pelbagai komponen seperti panel badan, alat ganti brek, enjin, transmisi dan stereng, getah dan E&E.

Melangkah ke hadapan, digitalisasi dan model perniagaan baru akan terus merevolusikan dunia dan semestinya akan turut memberi impak pada industri automotif di Malaysia. Dijangkakan bahawa tren yang digerakkan oleh teknologi seperti mobiliti yang pelbagai, pemanduan tanpa kawalan, pengelektrikan dan penyambungan akan membentuk industri dalam masa 10 hingga 15 tahun. Walaupun masa depan industri automotif akan berdepan dengan pelbagai cabaran, ia juga akan mengciptakan pelbagai peluang baru.

Dengan mengambil kira trend terbaharu dalam industri automotif di ASEAN, kemapanan pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan pengenalan berterusan model peralatan asli automotif (OEM) oleh pengeluar sememangnya dapat memberi impak yang besar kepada industri automotif. Industri automotif ASEAN mendapat keuntungan yang besar daripada penggalakan pembangunan infrastruktur yang berterusan oleh kerajaan melalui pelaburan.

Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 terus membangunkan sektor automotif domestik dan seluruh ekosistemnya untuk merealisasikan Visi Automotif Nasional. Kajian ini merangkumi tiga elemen baharu: Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV) seperti kenderaan elektrik dan hibrid, Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS) & Industri 4.0.

Sejajar dengan objektif untuk meningkatkan industri automotif Malaysia di era transformasi perindustrian digital, para pelabur harus peka terhadap insentif khusus yang berkaitan dengan langkah-langkah yang dicadangkan yang dapat diterapkan pada projek-projek yang berkaitan.

 

 

42.1%

Pelaburan Domestik

(RM0.8 bil)

RM 1.9 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

80%

57.9%

Pelaburan Asing

(RM1.1 bil)

RM 1.9 bil

Jumlah Pelaburan Diluluskan
pada 2021

42.1%

Pelaburan Domestik

(RM0.8 bil)

57.9%

Pelaburan Asing

(RM1.1 bil)

481,651

Jumlah Pengeluaran

508,911

Jumlah Keseluruhan Industri
(Penjualan Unit)

36

Projek Diluluskan

1,851

Peluang Pekerjaan

Untuk statistik lanjut, sila klik di sini.

Sorotan Pelabur Kami

Syarikat kereta nasional Malaysia PROTON telah berkembang dan mula meneroka perkilangan EEV. Kerjasama antara DRB-Hicom dan Geely bertujuan untuk mencapai skala ekonomi, kecekapan operasi, pengoptimuman pelaburan, dan pemindahan pengetahuan dan teknologi. Kilang PROTON di Tanjung Malim beroperasi secara automatik sepenuhnya, menggunakan teknologi robotik, dan direka bagi membolehkan pengeluaran yang tinggi dan memaksimukan kecekapan, menggunakan proses pembuatan yang optimum.

- PROTON Holdings

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my
wpChatIcon