This site
is mobile
responsive
Jentera &
Peralatan
Industri mesin dan peralatan (M&E) adalah tonggak utama pertumbuhan dan pembangunan industri yang berfungsi untuk menjadi pemangkin peralihan Malaysia sebagai negara yang kompetitif dengan teknologi tinggi, dan negara yang bersedia untuk Industri 4.0. Ianya mempunya kepentingan strategik bagi transformasi ekonomi negara kerana perkaitan langsungnya dengan semua segmen ekonomi seperti sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan.
Industri ini dikuasai oleh syarikat kecil dan sederhana yang menyediakan produk yang disesuaikan, pembuatan hujung ke hujung dan penyedia penyelesaian penuh, yang mampu memenuhi permintaan yang tinggi industri daripada industri perkilangan domestik dan antarabangsa.
Industri M&E di Malaysia boleh dikategorikan mengikut klasifikasi yang berikut:
Ia disokong kuat oleh pemain Industri Sokongan Kejuruteraan (ESI) yang merangkumi aktiviti acuan dan die, pemesinan, tera logam, pengecoran logam, kejuruteraan permukaan, rawatan panas, fabrikasi dan penempaan.
Kemunculan ndustri 4.0 mengubah cara perniagaan beroperasi pada hari ini. Pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian Industri 4.0 sudah dapat dilihat dalam kalangan syarikat M&E di Malaysia yang telah memanfaatkan teknologi seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), Analisis Data Raya, Pengkomputeran Awan, Robotik dan Pembuatan Aditif. Kumpulan teknologi baru ini menawarkan penyelesaian baru di seluruh rantaian nilai M&E kepada pengilang.
Antara syarikat yang terkenal ialah ViTrox Technologies, Pentamaster Group, UWC, COHU, VAT Manufacturing Malaysia, BESI Apac, Bruker (Malaysia), Muhibbah Engineering, KNM Group dan Aida Manufacturing.
Nilai produk M&E yang dieksport telah meningkat daripada RM40.1 bilion pada tahun 2017 kepada RM49.6 bilion pada tahun 2021, mempamerkan pertumbuhan teguh industri itu, disokong oleh syarikat yang memfokuskan kepada produk berteknologi tinggi seperti semikonduktor, mesin pintar, metrologi termaju dan peralatan makmal analisis, robotik dan kenderaan tanpa pemandu (atau ‘swapandu’).
Kemunculan Industri 4.0 mengubah cara perniagaan beroperasi pada hari ini. Pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian Industri 4.0 sudah dapat dilihat dalam kalangan syarikat M&E di Malaysia yang telah memanfaatkan teknologi seperti Internet Benda (IoT), Analitik Data Raya, Pengkomputeran Awan, Robotik dan Pembuatan Bahan Tambahan. Kumpulan teknologi baharu ini menawarkan penyelesaian baharu di seluruh rantaian nilai M&E kepada pengilang. Automasi bukan lagi satu pilihan tetapi keperluan untuk terus hidup akibat perubahan dalam landskap pembuatan, keupayaan Malaysia dalam subsektor robotik dan automasi kilang menjanjikan banyak harapan kepada pelabur yang mencari pembangunan dalam sektor pembuatan secara keseluruhan.
.
Semikonduktor
Minyak sawit
Pemprosesan makanan
Malaysia adalah sebuah destinasi pelaburan, terutamanya untuk produk berteknologi tinggi dan bernilai tinggi. Kami mempunyai infrastruktur bertaraf dunia dan rantaian bekalan yang matang. Sekiranya ingin melabur di Malaysia, sudah tentu pihak berkuasa terbaik untuk berunding adalah MIDA. Sebagai agensi penggalak pelaburan utama di negara ini, mereka mempunyai kepakaran dan sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan dan bantuan, dari segi insentif yang ada, lokasi dan sebagainya.