contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Produk Elektrik & Elektronik – Elektronik Pengguna

Elektronik Pengguna

Industri elektronik pengguna meningkatkan kehidupan manusia melalui kehebatan teknologi. Didorong oleh cita-cita dan teknologi yang dimiliki jurutera yang berkongsi impian untuk memajukan Malaysia, industri ini telah memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat melalui pelbagai inovasi dan produk yang telah meningkatkan tahap kehidupan orang ramai. Teknologi yang berkembang pesat dalam bidang ini telah membantu membawa kemajuan dan membolehkan pelbagai kemungkinan ke setiap pelosok negara – menyalurkan kemudahan yang diperlukan, membantu isi rumah, sekolah, hospital dan perniagaan.

Segmen ini merangkumi pengeluaran pelbagai produk elektronik pengguna seperti infotainment, produk audio visual, peranti multimedia termasuk pemain media, unit pembesar suara, amplifier untuk pembesar suara dan peranti Bluetooth.

Kemunculan Industri 4.0 telah merancakkan lagi pertumbuhan produk pengguna baru. Inovasi telah menjadi daya penggerak yang menghasilkan permintaan baru untuk produk pengguna yang lebih pintar yang merangkumi teknologi terkini seperti IoT (internet pelbagai benda), AI (kecerdasan buatan), AR (realiti terimbuh) dan VR (realiti maya).

Dengan menggabungkan kejuruteraan bertaraf dunia dengan perisian dan analitik, Malaysia telah menghasilkan produk elektronik pengguna yang cekap, boleh dipercayai dan diyakini ramai. Sejajar dengan usaha Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat E&E serantau, kami berusaha untuk memperkukuh landskap perniagaan yang akan mendorong transformasi jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebuah  negara perindustrian dan maju sepenuhnya.

Menurut Global Market Insights, trend rumah pintar yang berkembang dijangka akan mendorong permintaan untuk elektronik pengguna maju bagi tahun-tahun yang mendatang. Saiz pasaran bernilai USD 1 trilion pada tahun 2019 dijangkakan akan berkembang pada CAGR yang melebihi 7% antara tahun 2020 dan 2026. Segmen peralatan audio dan video dijangka menunjukkan pertumbuhan yang signifikan, merangkumi lebih daripada 70% bahagian pasaran. Syarikat digalakkan untuk melabur dalam R&D bagi pengembangan produk elektronik pengguna baru seperti telefon pintar, alat pakai pintar dan perkakasan rumah.

Faktor yang meningkatkan pertumbuhan pasaran elektronik pengguna global:

Perubahan pilihan
gaya hidup

 

Peningkatan kelas
menengah

 

Peranti elektronik
pintar

 

Lebih banyak sektor elektronik pengguna akan disertakan dengan elemen AI untuk meningkatkan pengalaman pengguna yang lancar dalam sesebuah rumah. Kecerdasan tanpa wayar diramalkan akan menjadi trend mega teratas dalam subsektor ini, dipacu oleh rangkaian data tanpa wayar berkelajuan tinggi, perkakas pengguna pintar, inovasi hingga sifar iaitu kemalangan sifar, jejak karbon sifar dan kecacatan sifar.

Subsektor elektronik pengguna Malaysia didorong dengan pesat oleh penggunaan penyambungan tanpa wayar yang semakin meningkat melibatkan beberapa peranti elektronik. Peningkatan pelaburan dalam R&D dalam elektronik pengguna dan kemajuan teknologi, ditambah dengan kemunculan teknologi IoT dan populariti peranti elektronik yang boleh dipakai akan terus meningkatkan pasaran di Malaysia. Rebut peluang perkembangan yang menarik di pasaran dengan memindahkan perniagaan anda di Malaysia sekarang.

Sorotan Pelabur Kami

Sebanyak 22 syarikat di bawah Panasonic Group beroperasi di Malaysia merangkumi pelbagai aktiviti daripada perkilangan, R&D, dan penjualan dan perkhidmatan. Dalam aktiviti perkilangannya, Panasonic adalah pengeluar utama yang menghasilkan peralatan pengguna yang inovatif untuk memenuhi gaya hidup pengguna yang selalu berubah seperti produk TV dan AV, penghawa dingin, peralatan kegunaan harian dan peralatan dapur.

- Panasonic Group

Memulakan Perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai borang dan garis panduan penting untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dalam sektor perkilangan di Malaysia.
Syarikat boleh menghantar permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal MIDA InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my
wpChatIcon
X