B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Perkhidmatan Logistik Bersepadu

Logistik merupakan pemboleh perkhidmatan untuk semua bentuk aktiviti perdagangan dan pengedaran dan telah menunjukkan pertumbuhan yang positif selama ini. Perkhidmatan logistik bersepadu (ILS) merujuk kepada syarikat yang melakukan pelbagai aktiviti perkhidmatan berkaitan logistik daripada hujung-ke-hujung seperti pengangkutan udara, lautan, darat dan kereta api, pergudangan dan perkhidmatan tambah nilai lain yang membentuk keseluruhan pakej perkhidmatan logistik.

 

Aktiviti utama yang terlibat adalah:

  • Pergudangan
  • Pengangkutan
  • Penghantaran barangan
  • Pengedaran
  • Perkhidmatan nilai tambah yang lain (contohnya pecah pukal, pempaletan, pelabelan dll)

Sokongan Kerajaan

MIDA menyokong pertumbuhan syarikat yang menjalankan perkhidmatan logistik bersepadu dengan menawarkan insentif ILS dan status ILS Antarabangsa (IILS). Setakat 2021, MIDA telah meluluskan lebih daripada 100 projek ILS dan kebanyakan pemohon ialah syarikat yang berpusat di Malaysia.

 

5 tahun

Insentif Taraf Perintis untuk pendapatan
berkanun selama 5 tahun

 

60%

Elaun cukai pelaburan terhadap CAPEX yang layak dalam jangka masa 5 tahun berbanding 70% daripada pendapatan berkanunnya bagi setiap tahun taksiran.

Kriteria Kelayakan ILS

 

60%

Pemilikan Secara Tempatan

 

3 + 1

Aktiviti Utama

Pergudangan, pengangkutan, penghantaran barangan
dan sekurang-kurangnya pengedaran/pengurusan
rantaian bekalan atau perkhidmatan / aktiviti logistik
nilai tambah yang berkaitan

Memiliki infrastuktur minimum seperti berikut:

 

20

Unit Kenderaan Perdagangan

 

5,000 m2

Ruang Gudang

E-Pemenuhan

Pertumbuhan e-Dagang yang pantas mendorong syarikat logistik di Malaysia untuk melakukan satu siri evolusi digital dalam operasi mereka untuk menyediakan hab e-pemenuhan yang lancar di negara ini bagi menyokong aktiviti rantaian bekalan global dengan cekap. Sejak penubuhan Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan (NESR), sebanyak 11 projek e-pemenuhan telah diluluskan sehingga 2020.

Logistik Rantaian Sejuk

Logistik rantaian sejuk melibatkan pengangkutan dan penyimpanan produk sensitif suhu melalui kaedah pembungkusan termal dan sejuk.

MIDA menggalakkan syarikat logistik untuk mempelbagaikan perkhidmatan mereka dan meneroka aktiviti logistik rangkaian sejuk. Sejak dahulu lagi MIDA telah membantu syarikat logistik rantaian sejuk seperti ICCL, CCN, Saddad Resources Sdn Bhd dan Gold Cold Logistics Sdn Bhd untuk mengembangkan perniagaan mereka secara meluas.

Trend Logistik Masa Hadapan

Mengambil kira pertumbuhan teknologi Industri 4.0 yang pantas di rantau ini, industri logistik Malaysia berada pada posisi yang baik untuk memanfaatkan landskap digital yang sedang berkembang.

Pengguna dalam talian hari ini bukan sahaja mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kualiti dan fleksibiliti perkhidmatan, mereka juga mahukan pilihan yang unik dan diperibadikan. Oleh itu, penggunaan digital bukanlah pilihan untuk industri logistik. Banyak syarikat logistik kini menerapkan elemen automasi, robotik, Internet Pelbagai Benda (IoT), Analitis Data Raya, pengkomputeran berasaskan awan dan sistem perisian dalaman dalam operasi harian mereka untuk terus maju dan memenuhi permintaan pelanggan domestik dan global mereka.

Automasi

 

Robotik

 

Sistem Perisian
Dalaman

 

Our Success Stories

Memulakan Perniagaan

MIDA memberikan sokongan yang menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber kami, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi anda di sini.
Ketahui lebih lanjut mengenai dasar, insentif dan kemudahan di sektor perkhidmatan.
wpChatIcon