This site
is mobile
responsive


Hab Prinsipal

Kenali Hab Serantau Asia

Kemunculan Asia sebagai pusat ekonomi global telah mengalihkan tumpuan MNC utama ke rantau ini.

Sebilangan besar MNC telah memilih Malaysia sebagai pengkalan mereka untuk menguruskan pengembangan serantau mereka melalui penubuhan seperti Ibu Pejabat Operasi (OHQ), Pusat Perolehan Antarabangsa (IPC), Pusat Pengedaran Serantau (RDC), Hab Operasi Global (GOH), Pusat Pengurusan Perbendaharaan ( TMC) dan Hab Utama (PH).

Sejak tahun 2006 hingga Mac 2020, MIDA telah meluluskan sejumlah 347 projek penubuhan global / serantau yang melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM469 bilion dan penghasilan 3,.693 peluang pekerjaan yang bernilai tinggi di Malaysia.

 

Pelbagai Jenis Hab

Headquarter

Ibu pejabat

Engineering

Kejuruteraan

Supply-Chain

Rantaian bekalan

R&D

R&D

distribution

Pengedaran

Procurement

Perolehan

Treasury

Perbendaharaan

Center-Of-Excellence

Pusat Kecemerlangan

Memangkin Pertumbuhan di Malaysia melalui Hab Utama

Diperkenalkan pada tahun 2015, skim Hab Utama menawarkan kelebihan tambahan kepada syarikat yang ingin memanfaatkan Malaysia sebagai pangkalan operasi terpusat mereka untuk menjalankan operasi perniagaan serantau dan globalnya.

Pelaburan yang Diluluskan untuk Hab Utama (2015-2019)

36

Projek yang Diluluskan

RM47.2 bil

Jumlah Pelaburan yang Diluluskan

daripada 2015-2019

2,932

Peluang Pekerjaan yang Bernilai Tinggi

MNC dalam pelbagai industri seperti elektrik dan elektronik, mesin, kimia, minyak dan gas, ICT dan F&B telah memanfaatkan skim Hab Utama. Perniagaan ini menggunakan pelbagai model perniagaan seperti Hab Pengedaran, Hab Perolehan, Hab R&D dan Pusat Kecemerlangan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pasaran serantau atau global. Skim ini menyokong pelbagai model perniagaan dan mendorong peralihan syarikat kepada fungsi pengurusan peringkat teratas yang melibatkan pembuatan keputusan strategik dan pengurusan risiko. Syarikat yang layak diwajibkan memenuhi komitmen seperti perbelanjaan perniagaan, penciptaan pekerjaan bernilai tinggi, perolehan penjualan dan penyediaan perkhidmatan kepada syarikat rangkaian.

Sorotan Pelabur Kami

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami melalui proses penilaian menyeluruh untuk mencari lokasi Ibu Pejabat yang terbaik. Tumpuan utama kami adalah kedekatan dengan pelanggan, kumpulan bakat, rantaian bekalan dan yang paling penting adalah sokongan kerajaan. Sejak kami menjejakkan kaki di Malaysia, kami mendapat sokongan luar biasa daripada Kerajaan Malaysia dan oleh itu kami yakin bahawa Malaysia adalah lokasi yang terbaik buat kami. Lebih menarik lagi, proses pemerolehan bagi 50 ekar tanah kami dapat diselesaikan dalam masa kurang daripada empat minggu. Dalam dunia masa kini, di mana masa dan ketangkasan merupakan faktor yang kritikal, dalam pengalaman 30 tahun kami, sokongan perniagaan seperti ini tidak pernah kami alami di tempat lain. "

- Uli Behringer, Ketua Pegawai Eksekutif
Music Tribe

Memulakan perniagaan

MIDA menyediakan sokongan menyeluruh kepada perniagaan anda apabila anda mempertimbangkan kelebihan daya saing dan perbandingan yang ditawarkan oleh Malaysia untuk pelaburan anda. Terokai sumber, pelbagai kemudahan atau perkhidmatan perundingan khusus kami untuk membantu anda mengembangkan operasi di sini.
Syarikat boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian melalui portal InvestMalaysia di investmalaysia.mida.gov.my

Hubungi Wakil-Wakil Kami

Kehadiran global kami bermaksud kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. Hubungi kami dan melabur di Malaysia hari ini.
wpChatIcon
X