B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


WHS, GML teroka kerjasama perkenal khidmat bas elekrtik di Sabah

WHS, GML teroka kerjasama perkenal khidmat bas elekrtik di Sabah

27 Mac 2021

Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHS), subsidiari milik penuh  kerajaan negeri Sabah  sedang meneroka kerjasama dengan Gemilang Coachwork Sdn Bhd (GML) bagi memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik.

GML dalam satu kenyataan berkata, WHS telah menghantar pasukannya untuk melawat kilang pembuatan GML di Senai, Johor, sebagai sebahagian daripada kajian kebolehlaksanaan bagi menubuhkan sistem Bas Alihan Cepat (BRT) di Kota Kinabalu.

Dalam lawatan itu, WHS diberi taklimat mengenai keupayaan GML termasuk mengenai pembuatan bas, infrastruktur teknologi maklumat, pusat kawalan operasi dan maklumat serta sistem koleksi tambang.

GML turut berkongsi visinya untuk mempromosikan kenderaan tanpa cemar di Malaysia, yang disokong oleh rekod prestasinya yang kukuh di BRT Sunway dan Bas Bandar Elektrik Metro Kuching yang dilancarkan baru-baru ini.

“WHS akan menerima kepakaran dan sokongan teknikal daripada GML agar ia mampu menerajui projek ‘turnkey’ BRT Kota Kinabalu memandangkan kerajaan Sabah telah meneliti projek berkenaan sejak 2015,” katanya.

WHS dan GML turut meneroka kemungkinan membawa aktiviti pengeluaran bas itu ke Sabah.

Disifatkan sebagai salah satu projek penting bagi mentransformasikan Greater Kota Kinabalu sebagai ‘Bandar Pintar’, BRT akan meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menaik taraf sistem pengangkutan semasa dan aliran trak di bandar itu.

Sumber: Bernama

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon